DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Jun 28, 2010

. wedding n pengajaran kes curi!:) .

salam n petang :)

lokasi: kuala lumpur :) baru sampai semalam, esok dah kena berkusus lima hari kat morib, so harini masih ada chance shopping2 dulu before aku betul2 sebuk ngan aktiviti2 mengorientasikan student2 baru2 masuk nanti :)
macam2 nak beli ni, kasut, seluar, baju :) hik3

sabtu baru ni, ada kenduri kat umah tok aku, penat jugakla wat preparation kawen acik awe aku ni, penat2 tapi bebaloi, best sgt wedding ni, majlis ni paling ramai orang datang, antara sume2 majlis yang penah ada kat umah tok aku tu :) ramai sedara mara belah ayah aku datang, yang paling penting ke doblas2 adik beradik ayah aku balik kampung time kenduri hari tuuuuuuuuuu~~ best kan??

antara semua wedding yg aku pegi selama aku hidup ni, aku rasa, ni la yg paling special, walaupun ni kali kedua aku tengok orang kawen bawah pedang, yang first is pakcik aku, dye army officer.. tapi masa pakcik aku kawen dulu, aku xamik kesah sangat, yela, masa tu pun, aku kecik agi, xmasuk upnm agi, xpaham apa pun sal dunia askar2 ni, hehe.. acik yg aku ni sebenya kawen ngan abang sedara  ( tapi 3 pupu la..) dye navy officer, so that wajibla kawen bawwah pedang kan :) tengok gamba ni, santeeekk kan?? 





tema hari bahagia my dear aunt ni, merah itam :) warna yg sgt hot kan? mmg cantik n menyerlah bagi aku.. ktorg sepupu kerabat ni suma dapat kebaya sorang sepasang, semakin gojesssss la kazen2 aku yang ramai2 tu berkebaya merah itam kan?? bes2 :) tambah pulak makanan yang family kitorang decide tok masak sendiri, dibantu dengan orang kampung yang banyak membantu, dapat la aku makan ayam golek,ayam merah, masak gulai ikan masin nenas, daging kari, sambal belacan dengan ulam yg bes, tambah pulak dengan air cendol yg ada, memang meriah habes lah!! :)) ni gamba adik beradik aku yang best :))



dalam kesebukan kitorang memeriahkan majlis wedding acik aku ni, ada benda yang menyakitkan ati kitorang terjadi.. ada pencuri xguna, masuk n curi duit aku, makcik aku, fon aku, duit ayah n mak aku.. si pencuri lahabau ni, boleh pulak dye masuk bilik, dengan menge "aim " kan handbag2 yang ada, si xberguna tu dah untung agak2 ada la dalam 2 ribu lebih sehari! buat naya toi kan? huh panas betul aku, dahla baru je aku tuka fon, pasal fon aku yg dulu tu rosak, bole plak die amik fon aku yg cantekk tu, hurm.. memang xda rezeki betulla that day..

semua orang masa tu, tengah sebuk2 nak tengok pengantin berarak, masa tu la dye nak sebok2 masuk bilik, kebas duit2 kitorg, pandaikan pencuri zaman sekarang ni?? kitorang pon, sebenarnya xtahu pon, n xexpect pon benda ni nak jadi, last2 lepas2 dah abis kenduri, barula ada sorang makcik ni, kawan tok aku datang, dye cakap yang sekarang ni mmg dah jadi trend kenduri, mesti ada yang hilang..

memang jadi pengajaran sangat la kan? so lepas ni, sapa2 yang ada baca entry ni, tolongla jaga, mintak kumpul semua barang2 berharga dalam satu bilik, then kunci, so biarla si penyangak yang berniat xbaik tu, putih la mate beliau macam ni..


hehe.. hari ni, aku dah pakai fon baru, pemberiaan ayah tercinta, tenkisss ayah!! sayang lebihhhhh la kat ayah!! hehe :)) klah, nak kua g buat sim baru! tata!!



nota kakitangan: ni gamba las ni, gamba sepupu ngn kcygn aku :)) gojes bukan? single lagi nih :P

Jun 3, 2010

.pengalaman bersama israel.

Bismillahirrahmanirrahim..

ya Allah, aku x mampu utk pergi berjuang..

namun kupanjatkan doa semoga bersatulah hati2 kami, umat2 islam seluruh dunia ya allah.. 

diharapkan.. misi bantuan ke gaza berjaya dan selamat hingga ke akhirnya.. 

doa kami ya allah.. umat islam di palestin mendapat pembelaan yang terbaik bagi mereka... 

dan kekejaman israel mendapat pembalasan sewajarnya..

amin..ya rabbal alamin...

 2Jun2010: Kuala Lumpur: Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi kelmarin.

Menceritakan insiden itu untuk kali pertama selepas dibebaskan tentera Israel pagi tadi, Ashwad berkata sukarelawan Turki di kiri dan kanannya terkena tembakan komando Israel ketika serangan itu.


Katanya, tentera Israel mula mengepung kapal misi itu pada jam 11 malam dan menghampiri kapal mereka pada jam 2 pagi sebelum menyerang pada jam 4.30 pagi dengan sokongan bot dan kapal perang serta helikopter penggempur Apache.

"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera, Shamsul (Kamal Abdul Latip), terselamat daripada tembakan di mana peluru hidup digunakan.


"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.


"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.


"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," katanya dalam lintas langsung dari sempadan Jordan semasa berita Awani tengah hari tadi.

Ashwad dan Shamsul adalah antara 12 sukarelawan negara yang ditawan bersama ratusan sukarelawan antarabangsa oleh tentera Israel kelmarin selepas kapal mereka diserang.

Sambil menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan Malaysia, yang berusaha membebaskan mereka, Ashwad berkata pengalaman 28 jam ditahan tentera rejim Zionis itu amat memeritkan.


Katanya, keperitan yang dialami dalam tempoh singkat itu sudah cukup untuk beliau menyelami kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis selama enam dekad konflik Palestin-Israel itu.


"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.


Ditanya bagaimana layanan tentera Israel terhadap mereka, Ashwad enggan menjawabnya dan hanya mahu seluruh penonton memahami kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin selama enam dekad.


"Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik enam dekad Palestin-Israel bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam.


"Saya harap penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu, Tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya," katanya.


-Laporan dipetik  Berita Harian.