Mar 14, 2012

.cinta dia & hidayah NYA.

Saya melihat satu bicara mula tersebar dari kalangan Facebookers, yakni kata-kata:

"Ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan jodoh yang baik, sedangkan jodoh telah ditentukan.

Tetapi tidak ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan hidayah Allah SWT, sedangkan hidayah Allah itu perlu dicari."

Saya sebenarnya melarang keras penyebaran kata-kata ini dengan beberapa dalil.

1 - Ini adalah satu bicara yang jelas rapuh, serta memberikan makna yang salah berkenaan takdir Allah SWT. Mengapa saya katakan begitu? Kita pergi kepada point saya yang kedua.

2 - Hal ini kerana, apabila kita memasuki teritori 'takdir Allah SWT', maka di dalam kehidupan ini, telah di'tetap'kan semua perkara sebenarnya. Semua ini bermaksud, termasuklah Jodoh, termasuklah Hidayah Allah SWT. Namun kata-kata yang disebarkan ramai ini nyata memberikan maksud seakan-akan jodoh itu telah ditetapkan, maka tidak perlu berusaha terlalu keras, sedang hidayah Allah itu belum tentu kita dapat, maka hendaklah fokus ke arah itu semata-mata. Ini nyata silap.

Hakikatnya, kedua-duanya telah ditentukan. Ditetapkan. Tinggal, antara rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia adalah, kita 'TIDAK TAHU' apa ketetapanNya. Itulah dia ruang 'ikhtiar' dan 'usaha' yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Maka hendak jodoh yang baik pun kena usaha keras juga, nak dapat hidayah Allah SWT pun kena usaha keras juga.

3 - Kata-kata tersebut nyata mengelirukan, seakan-akan hendak menyatakan bahawa, di dalam isu jodoh, tidak perlunya usaha. Ini adalah kefahaman yang sangat silap, sebagaimana silapnya orang-orang yang berkata: "biarlah aku menanti jodohku yang termaktub di lauh mahfduz sana".

Hal ini kerana, Islam menganjurkan usaha yang syar'ie. Jelas apabila Allah SWT berfirman di dalam ayat 221 Surah Al-Baqarah, dan Rasulullah SAW bersabda dalam hadith ciri-ciri perempuan yang patut diambil sebagai isteri, itu adalah petanda kepada perlunya 'mencari', perlunya 'memilih'. Sekiranya telah ditetapkan, sekiranya tidak perlu kepada usaha keras, maka tidaklah perlu Allah SWT berfirman sedemikian, dan tidak perlulah Rasulullah SAW bersabda sedemikian.

Tanpa saya menafikan, hidayah Allah SWT turut kita perlu usaha keras untuk mendapatkannya.

4 - Ada yang berkata bahawa ayat ini bukanlah bermaksud jodoh tidak perlu berusaha, tetapi fokusnya adalah agar kita berusaha keras mencari hidayah Allah SWT lebih dari usaha kita dari jodoh. Tetapi suka saya nyatakan dengan tegas bahawa, kebaikan itu perlu disampaikan sebaiknya. Sedang ayat di atas, mungkin difahami maknanya segelintir orang, tetapi bila sampai kepada ramai orang, maka akan berubahlah maknanya kepada: "Oh, jodoh dah tetap. Hidayah tak. Jodoh tak payah usaha. Hidayah kena." Dan ini nyata satu kesilapan yang besar dan sangat fatal.

5 - Point kelima ini adalah sebuah nasihat. Saya tahu kebiasaan masyarakat kita, lebih-lebih lagi mereka yang agak 'islamik' untuk suka kepada 'ayat-ayat idealistik' dan suka pula menyebarkannya. Tetapi janganlah kita terlalu teruja, hingga melangkaui teritori yang tidak sepatutnya. Pada saya, ayat yang disebarkan di atas ini, melangkaui teritori Aqidah, dan cara ta'ammul(berurusan) yang silap terhadap jodoh di dalam kehidupan manusia.

Jadi saya suka kita memahami perkara ini,
dan berhentilah dari menyebarkannya.

---------------------------------------------------
Teringat pepatah melayu,
"Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali."

credit to: HILAL ASYRAF :)

Mar 2, 2012

.dalam mihrab cinta.


Sejarah mencatat, mereka kebanyakkannya lahir dalam keadaan yang sukar. Mereka melangkah dan menapak tangga-tangga kejayaan di tengah-tengah kesusahan hidup.
-Dalam Mihrab Cinta, Habiburrahman El-Shirazy


selesai saya baca novel karangan penulis kegemaran saya, Habiburrahman El-Shirazy :D tulisan yang selalu membuatkan kita berada didalam keadaan si pelakon dalam karya beliau. tulisan yang baik, sangat menyentuh hati dan perasaan hati pembaca novel beliau. 


taksalah percaturan saya untuk pinjam novel ni dari sahabat bilik saya anis semalam dan mendengar nasihat sahabat saya,z untuk membaca karya2 beliau beberapa tahun lepas. novel-novel beliau memang best. one of the best, ayat-ayat cinta, saya rasa macam dekat tanah arab, menjadi sebahagian diri fahri, berkawan dengan maria, dan berkahwin dengan aisha yang cantik dan penyabar, hehe memang tak silaplahh novel ini dikaryakan menjadi filem (walaupun novel lagi best dari filemm :P)  hehe ok, back to the point, :)


barakallahufika. semoga Allah terus memberikan kehidupan dan peluang untuk beliau berkongsi dengan kita lagi melalui tulisan-tulisan beliau :D


Dalam Mihrab Cinta, kagum semangat juang, kesungguhan, nekad Syamsul Hadi untuk teruskan hidup :) "Keteguhan jiwa dan kegigihan dalam bekerja, belajar dan berusaha daripada bersandarkan bakat dan bkemampuan peribadi, yang menjadikan mereka dikenali sebagai orang yang berjaya." :) ayat yang paling best dalam ni,



"Kemenangan di medan pertempuran ini hanya milik orang yang berani dan tidak kenal takut, tidak mudah menyerah kalah kepada rintangan yang mereka hadapi dalam apa jua keadaan sekali pun. 



Tidak peduli berapa kali mereka tersungkur dan jatuh, mereka seing bangkit kembali dan meneruskan usaha mereka dengan semangat baru yang lebih berkobar, dan akal baru yang penuh kebijaksanaan dan pertimbangan yang matang."



saya harap, saya akan terus ingatkan diri saya; sentiasa percaya pada kemampuan diri, saya mampu sebab tu allah uji saya dengan ujian dan nikmat kehidupan ni.  ayat semangat untuk semua : 


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(Al-Baqarah :286) :D 




alia :)

Feb 21, 2012

. ayat muhasabah diri sendiri, mungkin :) .


"Perjalanan jauh itu akan terus kita tempuhi,
hingga kita bertemu dengan kemenangan di atas kehidupan ini,
atau kita mati dalam keadaan sedang berjalan ke arahnya.
Biar nanti kala semua ditayangkan semula,
kita boleh berbangga dengan keputusan yang diambil oleh kita."-Hilal Asyraf


setiap orang lain ujiannya. dekat kita, allah bagi kebahagiaan, tapi mungkin allah tak bagi kesenangan untuk kita..
untuk orang lain? mungkin allah bagi kesenangan, tapi takda bahagia untuk dia.
saudara kita yang lain pulak? mungkin jugak allah tak bagi kedua2nya untuk si dia kan.
sedih? memangla, tapi tak perlu sampai meratap, life must go on. ujian kan ajar kita kuat. semua benda jadi, berhikmah, just trust HIM! :)


buat apa yang kita rasa terbaik, ikhlas dgn apa yg kita buat tu penting. orang lain takkan faham. mungkin laluan kita susah sekarang, tak mudah, perlu korbankan sesuatu untuk dapat kan sesuatu yang lain, tapi tak bermakna PENGORBANAN kita tu tak berbaloi langsung, kadang2 pengalaman hidup kita dengan jalan yang kita dah pun pilih tu, tak dapat pun orang lain rasa, again, everything comes with reason :) 

alia syafiqah-sedang muhasabah diri-mencari alia yang baru-jadi orang lain
alia syafiqah-sedang muhasabah diri-jadi diri sendiri-cari dimana silapnya-NIKMAT MASA


hidup ini sendiri adalah satu ujian-again, HILAL ASYRAF :)

Feb 20, 2012

.berpesan-pesanlah.

‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

discover this, from this link : DINGIN

sweet n lovely, must follow this wonderful blog!

Jan 17, 2012

. update dari rumah :) .

harap2 semua sihat2 belaka, dan dibawah payung rahmatNYA sentiasa, insyallah :) baru dapat update dari rumah;


1. pencuri masuk rumah petang tadi. nasib sempat masuk sampai depan pintu je. hilanglah sebuah econ saja. ayah cadang nak pindah econ tu ke rumah kat Parit Buntar, letakla kat laman rumah, tapi still dalam pagarla, pencuri dah rembat dulu hmm takda rezeki dah.. apa pun.. alhamdulilah yang lain masih ada n semuanya selamat :)




2. kura2 min dah mati. :( alahai~  beli dua ekor awalnya, beli sempena bufday ana 8 januari ritu, TAPI, ana punya, sehari beli dah mati, harini min punya pulak. innalillah hi wainna ilaihi  rojiun, tak rezeki nak tengok dua2 ekor tu hidup lama kat rumah tu :'(


rindu pulak kat depa tu :) esok last paper untuk sem ni, then, MERDEKA! :D (doakan tau!paper NUMERICAL METHOD koooott) apa pun, tak sabarnyaa nak balik taiping! :)


pssttt, meh follow blog ni jom! http://badarupnm.blogspot.com/

Jan 16, 2012

.botol seamaster :).

sukacita dimaklumkan. tabung2 saya telah penuh.Alhamdulilah :) 


semalam tengah2 tersedok depan tivi dengan mama, saje la kira duit2 tabung tu, mama pun join sama kira duit tabung mama.duit mama ada total dalam RM 80++, okla kan? hehe tau tak kira2 duit tabungku ada berapa? Ada RM180.00! : ) banyak kan??? eh, tipu,  ada RM178.60 je, kahkah lagi singgit empat posen mintak duit tabung mama :P :) tapi, still,  banyak kan ?? :) 


tak sia-sia menyimpan :) hari2 aku isi dari 5 sen sampai lah beringgit2. tambah2 pulak bila orang datang beli nasi lemak,  suka gila bila budak2 blok bagi syiling, makin meriah la weh tabung aku :) tima kasih la ye untuk warga srikandi yang budiman :)


nak tahu tak apa jenis tabung aku, 2 tabung botol air 500 ml jee , satu lagi tabung lawa sikit hadiah daripada dinner karnival wanita hari tu,heh, comel kan? (^^) sebelum ni tak penah rasa nak menyimpan syiling, tabung2 ni pun mula diisi, masa aku mula2 terima hidayah untuk menabung 2 bulan lepas.startnya, dari aku tengok rumate aku isi duit dalam botol air, aku rasa cam comel, terus rasa macam nak tiru, hari2 tengok tabung tu, makin semangat plak nak isi. ;) 







ni la contoh botol air yang aku tebuk jadi tabung tu, seamaster je kot. (ni gamba google bagi oke :P) simple kan? kan? so, sebenarnya, takpayahla nak tunggu nak dapat tabung lawa macam selena gomez baru nak menabung k :P 


kepada yang belum start menabung tu. tolong la menabung. serius tak rugi weh! :) 


pssst! nak baca kisah orang pegi mekah dengan menabung? baca ni menabung ke mekah :)