DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Jul 25, 2013

SOLAT DENGAN SEMPURNA SATU KEWAJIPAN

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta"-  Taha 124
Menunaikan solat dengan sempurna adalah tonggak bagi membina agama dalam diri insan, Oleh kerana membina agama dalam diri adalah wajib bagi keselamatan di dunia dan akhirat, dan tonggaknya ialah menunaikan solat dengan sempurna, maka,  menunaikan solat dengan sempurna adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Justeru, oleh kerana hukum menunaikan solat dengan sempurna adalah wajib, maka usaha kearah tujuan itu juga adalah satu wajib - Hasnan Kasan (buku Mari menghayati & memahami bacaan dalam solat)


Bagus buku ni, rasanya aku beli kat langitilahi online bookstore kot, tak ingat dah, huhu. Dalam usaha kita nak cari khusyuk dalam solat, boleh baca buku ni, insyaAllah, Allah akan permudahkan, kalau kita ada usaha nak jadi lebih baik kan. insyaAllah. Solat membentuk peribadi kita, semoga Allah tingkatkan keimanan kita dalam usaha mencari redhaNya. Aamiin ^_^

No comments: