Siapa yang tak kenal Bilal bin Rabah, walaupun beliau seorang hamba tapi berliau juga seorang pejuang. Bilal seorang budak belian berkulit hitam asal Habasyah (sekarang Ethiophia) yang kemudiannya Allah SWT mengangkat darjatnya kerana keIslamannya. Kemuliaan Bilal bin Rabah dapat kita lihat dalam satu kisah ketika Rasulullah SAW meminta Bilal menemuinya, lalu Rasulullah SAW berkata; “sesungguhnya aku telah mendengar suara terompah Bilal di syurga” sedangkan pada waktu itu Bilal masih hidup. Hal ini adalah disebabkan amalannya yang sentiasa berada dalam keadaan BERSUCI & BERWUDUK. Kerana setiap kali Bilal berhadas Bilal akan terus berwhuduk dan solat sunat.
Dalam menjalani kehidupan awal keIslamannya tidaklah mudah bagi Bilal kerana beliau telah diseksa dan dizalimi olej majikannya yang sentiasa memaksanya untuk kembali kepada agama asal Bilal iaitu sebagai penyembah berhala. Majikannya itu ialah Umayyah, beliau memaksa Bilal keluar dari Islam dengan segala cara. Pada siang yang terik, Bilal dipaksa memakai baju besi kemudian ditanam dalam pasir sehingga paras lehrnya yang mana pasir tersebut sangat panas.
Bilal juga sering dipaksa Umayyah untuk berbaring telentang di atas pasir yang sangat panas. Kemudian tubuh Bilal ditindih dengan batu yang sangat besar dan berat. Bilal juga diikat lehernya dan diheret ke kota Mekkah. Namun Bilal tetap bertahan dengan berkata "Ahad, Ahad."
Suatu hari Saidina Abu Bakar RA melalui tempat di mana bilal sedang menjalani penyiksaan, lalu Abu bakar meminta kepada Umayah untuk menjual Bilal kepadanya. Akhirnya Bilal pun di beli oleh Abu Bakar dengan harga yang tinggi kerana Umayah merasa rugi untuk menjual Bilal kepada Abu bakar. Segera setelah di beli Abu Bakar Bilal pun di bebaskan.
Satu pengajaran dan teladan untuk kita meniru dari kisah seorang pejuang yang bernama Bilal. Dimana keteguhannya untuk mempertahankan agama Allah serta mempertahan prinsipnya untuk menegakkan kalimat Allah SWT. Ingatlah, jangan kita abaikan prinsip kita dan mengabaikan Syariat Allah SWT kerana disebabkan ujian yang sedikit didunia ini. Janganlah meninggalkan kalimat Allah SWT atau meninggalkan Syariat Allah SWT untuk mendapatkan sesuatu yang dianggap yang boleh menguntungkan kita yang bersifat sementara.
- Semoga Allah redha aliran pahala ilmu dari author MUHAMMAD LABIB ABD JALIL :)
No comments:
Post a Comment