DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Nov 15, 2011

.INSPIRASI :).

Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011.


Mengambil peluang, menginspirasikan mereka2 ini sebagai tokoh2 negarawan yang banyak menyumbang khidmat sumbangan dan pemikiran, saya kompilasikan kata2 semangat mereka, untuk renungan dan semangat bersama. insyallah :)


1. Keynote Speech. Y. Bhg. Prof. Dato. Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor 
Universiti Teknologi Malaysia 


-Lakukan yang terbaik, biar sedikit tapi IMPAK nya cukup besar di hati orang sekeliling kita (beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berada dalam tampuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selama tiga penggal! )
-Usahla kita cuba untuk meraikan semua orang


-Jangan menafikan kesalahan orang lain, kerana dengannya bermakna kita BUKAN MENILAINYA sebagai MANUSIA. no body is perfect!
-kuasa MAHASISWA terletak pada ketertinggian ILMUNYA.
-kalau kita hendak maju, nilai sesuatu berdasarkan KEKUATANNYA!


-You are not yet a leader (pemimpin), so learn how to a progressive leader. keep progressing! :)
-Leadersihp is not just a particular post,but it is more than that!
AMANAT TERAKHIR BELIAU : 
PLEASE USE YOUR UNIVERSITY LIFE WISELY TO DEVELOP YOURSELF, ADOPT ALL THE POSITIVE THINGS, INSYALLAH!






2.Forum ”Intipati Ke Arah Membina Negara Bangsa” Moderator: Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajuddin bin Hj. Ninggal
panel :Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim bin Abu Shah, Mantan 
Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara, Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Sejarawan Negara,Y. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Murad bin Mohd. Noor Merican, Profesor Universiti Teknologi Petronas 


-Prof Khoo : Jangan jadi hamba abdi kepada buku, pendidikan tanpa pemahamman, tiada NILAINYA!
-To build a nation is first to build a scoop.
-terapkan pemikiran positif, terapkan perasaan cintakan tanah air. banggalah jadi rakyat negara malaysia! 
-and so on. tak sempat salin. khusyuk sangat. wawawawa:P







3.Forum ”Ke Mana Hala Tuju Orang Muda”
Moderator: Saudara Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud
Ahli Panel: 1. Y. Bhg. Datin Paduka Datuk Prof. Hjh. Ramlah binti Adam, Sejarawan Negara(Penulis buku teks) 2. Y. Bhg. En. Lokman bin Adam, Panel Pemikir JASA3. Y. Bhg. Dr. Mohammad Fairus bin Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua 
Menteri Pulau Pinang (forum ni terbaik!)


-ilmu bukan datang kerana umur!
-hak bersuara. gunakan media sebaiknya
-jangan jadi PENDESAK. mengharapkan orang menyelesaikan masalah, tapi JADILAH PENYELESAI MASALAH!
-jangan cepat percaya kepada kata-kata, unsur yang tidak sahih, kaji dan lihat kepada unsur pembuktian yang ada! 
(ini ialah respon Dr Ramlah respon kepada soalan, "buku teks sejarah menipu pelajar?". paling best bila Dr mengakui beliau yang beliau lah antara pengarang buku teks ting 3 & 5!hahaha)


-YB Dr Fairus 
: daripada rakyat kita datang, kepada rakyat kita berkhidmat!
: sebelum kita berfikir untuk menceburi politik. fikirkan hak ibubapa terhadap kita, hak mereka untuk melihat kita berjaya setelah bersusah payah menghantar kita ke universiti!
: jangan jadikan diri kita ini berilmu tapi tidak berakhlak.
: kalau betul minat nak berpolitik. habiskan belajar, kita jumpa di gelanggang realiti sebenar! :)


konklusi. jadilah pemimpin yang tinggi nilai ilmunya! 










4. Forum ”Peranan Orang Muda Dalam Membaiki Kualiti Ekonomi Negara” 
Moderator: Y. Bhg. En. Kassim bin Baba, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi 
Malaysia 
Ahli Panel: 1. Y. B. Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
2. Y. Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz bin Abd. Hamid, Timbalan 
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia
3. Y. Bhg. Tuan Haji Burhanuddin bin Md. Radzi, Pengarah Urusan, Les' 
Copaque Production Sdn. Bhd.



- dalam ucapan dato saifuddin, saya discover satu benda. Salah satu tokoh dalam Lembah silikon ialah Amazon Jeff Bezos. Dato kata, Jeff ni pernah dibuang kerja kerana dia mempunyai 3 perangai(taksabar, tak fokus dan tak risaukan peraturan) lepas dengar ni, rasa sedih sikitla, sebab saya ada sifat2 ni. :( but then, dato sambung lagi, satu hari jeff berjumpa dengan seorang hartawan, dan hartawan yang baru mengenalinya dalam masa hanya beberapa hari itu, telah memberikan beliau sejumlah wang yang banyak, juta2! selepas berjaya, jeff bertanya semula kepada jutawan itu, apa kah sebab beliau berani memberikan wang2 itu kepadanya satu masa dulu, dan beliau berkata disebabkan 3 sifat ni la, yang beliau percaya jeff boleh menjadi seorang yang hebat satu hari kelak kerana beliau percaya jeff is a multitasking man,high determination to succeed! n now, see, he's billionaire! :) terinspirasi ok! :D




-YB Ahmad Faiz menyeru semua mahasiswa menghargai kekayaan harta negara, kejayaan negara keamanan Malaysia, kerana yang nyata, negara kita termasuk dalam 20 negara yang teraman didunia. wow. hebat kan?
 :)



-Haji Burhanuddin pelopor Upin & Ipin ialah graduan Chemical engineer di UTM, sekarang beliau ialah seorang pengarah urusan di LesCopaque production, sebuah syarikat yang cipta fenomena besar dalam industri seni Malaysia:) beliau mengingatkan kami, untuk berniaga dengan berpijak di bumi yang nyata, think out of the box, fikir macamana nak buat duit, kita tidur kat rumah pun, duit masih lagi berjalan masuk poket kita! :) i have seen his wife, yang juga Opah dalam UpinIpin, dengar suara beliau di luar tv,so excited ok!






5.  Penutup Konvensyen Pemimpim Pelajar IPT 2011 dirasmikan oleh Y.B. Dato’ 
Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia 



-beliau menyeru semua memaksimukan potensi diri mahasiwa untuk pembangunan modal insan di Malaysia
-jangan kita sempitkan pemikiran kita, ambillah manfaat daripada pembangunan globalisasi yang ada. 
-the balance, just read this! haha


 






6. Sidang Pleno bersama rakan2 perwakilan IPT yang hadir 


- great time discussing with them :) dari perbincangan ni, banyak info dapat dari kawan2 universiti lain berkenaan tema membina negara bangsa,suara-suara mahasiswa di dengar, dan dirumuskan melalui resolusi yang disimpulkan. read this!




last but not least, we are enjoying our time there at UTM! Konvensyen yang sangat best n berikan banyak aspirasi dan inspirasi kepada semua. harap dapat segala yang disana. insyallah! :)











Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Setiap diantara kamu adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. :)

No comments: