DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Nov 26, 2012

MUHASABAH IMAN KITA

Menonton Umar siri 5 , awal awal lagi dah terserlah keindahan islam sebab hebatnya akhlak Rasullullah, ditawarkan dengan segala kekayan, 10 orang isteri di kalangan arab, menjadi raja untuk sekalian orang arab & kemewahan dunia yang lain, tapi ditolak oleh Rasullullah dengan cara berhikmah pada pihak yang tidak seagama dengan baginda. Subhanallah.

Tapi kita,tanya iman kita, sejauh mana kita mempertahankan Islam, solat 5 waktu, arahan mentaati ibu bapa, puasa, yang wajib ini juga tak sesempurna mana. Kalau di tawar 1 juta, depan mata untuk gadaikan islam kita, apa akan kita buat agaknya kan? di mana kita? Astaghfirullah.

Di saat saudara kita di Palestin berjuang mencari syahid, kita di sini, masih membantu membunuh adik adik kita kat sana, berMusim boikot untuk guna barangan musuh-musuh islam kita tu. hari ni boikot, habis genjatan senjata, ikut lagi keinginan nafsu teringin McDonald, teringin KFC, air starbuck , semua teringin.  saat ni, di mana kita? Astaghfirullah.

Dah la tu di facebook, orang sibuk tukar default picture, kita pon sibuk nak SAVE GAZA juga terbentang kat gambar fb tu, sibuk nak pom pam update status pasal gaza itu ini, tapi bangun pagi subuh, liat nak bangun, orang sibuk ke sana sini cari ilmu atas bumi Allah, kita mengulit lagi layan nikmat tidur. Solat awal waktu, lagi la tak kan? Saat ni, tanya diri kita, kat mana kita? Astaghfirullah. Allah.

Semoga Allah buka hati hati kita untuk terus istiqamah bersama agama Allah yang satu ni. Ya allah, terangilah hati hati kami menerima agamaMU dalam redhaMU, hanya padaMU, tuhan yang maha mengetahui segalanya. Aamiin :')

No comments: