DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Dec 13, 2012

SABAR

found this page on facebook just now, MYILHAM.COM . menarik insyaAllah :D

"Sabar itu meskipun pahit, tetapi ada kebaikan yang sangat banyak padanya.

Tetapi bagaimana mungkin untuk kita mengecap kemanisannya, andai kita sendiri enggan mendidik diri supaya bersabar.

Sebahagian ulamak menyebut ; sabar itu apabila kamu diuji dengan teruk, namun dalam hatimu tetap mengucapkan alhamdulillah-segala puji bagi Allah!"

- Sejauh mana saya bersabar? :'( astaghfirullah. sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.



"Salah satu cara menilai bakal suami yang baik adalah dengan melihat samada dia mampu menjadi 'imam' yang baik kepada dirinya saat berhubungan dengan anda sebelum nikah.

Dalam fasa-fasa taaruf dan perbincangan, lihatlah samada dia tegar membenteng paksi-paksi syariat ataupun tidak.

Kalau di kala itu pun sudah tewas, tergedik-gedik minta perhatian lebih, cenderung kepada banyak mengada-ngada dan tidak pun serius mahu merealitikan impian berumahtangga, usahlah bercerita soal nak jadi imam makmum dan sebagainya.

Hakikatnya, menjadi imam kepada orang lain, bermula dari kejayaan menjadi 'imam' kepada hawa nafsu dalam diri sendiri."

- Yang mana menjadi pilihan kita, yg terus lalai membawa kita ke neraka, atau yang bakal membawa kita bersama-sama ke syurga sana? Sabarlah hati, akan ada yang terbaik Allah beri pada kita, bila kita betul2 bersedia + perlukannya :D

Sabar itu indah, Allah sayang lebih pada orang yang sabar lebih! <3 span="span">

No comments: