DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

May 30, 2013

PERUBAHAN :)

Kadang kadang, susah untuk kita berubah, nak ikhlaskan diri, nak istiqamah, memang payah. tapi sebenarnya, 


"Bila ada sesuatu yang kita nak kerjakan, Allah bukan nak tengok output/ hasil yang kita dapat di penghujungnya, tapi sebenarnya, apa usaha kita untuk selesaikan sesuatu itu. Berjaya atau tak apa yang kita buat tu, tak penting, yang penting kita tahu kita dah usaha, selebihnya kita serah pada Allah, tawakal, Allah Maha Kaya, Maha Tahu segalanya tentang kita" - Sahabat

Persetankan kata-kata orang, disaat kita mencari diri, biasalah kalau nak berubah, jadi baik pun orang bercakap, kalau jahat lagilah orang mengata. Kita takkan boleh baik kalau terlalu fikir kata-kata orang :)

Tetapkanlah hati Allah, letakkan kebergantungan hati kita padaNya, insyaAllah, hasilnya, redha Allah yang kita akan dapat di penghujung, untuk apa kita hidup kalau bukan kerana mencari Cinta Allah kan? ^_^


No comments: