DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Jul 25, 2013

SEBENTAR LAGI AKAN MUNCUL AHLI SYURGA!


Anas bin Malik bercerita, saat sedang duduk bersama sahabat, Rasulullah berkata, “Sebentar lagi, salah seorang ahli syurga akan muncul di hadapan kalian. “Tak lama, seorang laki-laki dari kaum Ansar muncul dengan sisa air wudhu yang masih menetes dari janggutnya. Ia memegang terompah ditangan kirinya.

Hari berikutnya, Rasululllah mengulang perkataannya dan orang itu kembali melintas seperti pada kali pertama. Di hari ketiga, Rasulullah mengulang perkataannya, dan kejadian itu kembali terulang.

Mendengar ucapan Rasulullah, Abdullah bin Amr mengikuti lelaki yang dimaksud Rasulullah lalu berkata kepadanya, “Aku bertengkar dengan ayahku, aku tidak akan menemuinya tiga hari, apakah engkau berkenan memberiku tempat menginap?” Lelaki itu menjawab, “Silakan dengan senang hati.”

Abdullah bin Amr pun menginap di rumah lelaki itu hingga tiga malam pun berlalu dan Abdullah belum melihat dari laki-laki itu melakukan amal yang disebut sebagai penghuni syurga. Sehingga Abdullah memberanikan diri bertanya, “Sudah tiga hari di sini, aku tidak melihatmu mengerjakan amal yang membanggakan. Mengapa Rasulullah menyebutmu sebagai salah satu calon penghuni syurga?”

Lelaki itu menjawab, “Aku memang tidak melakukan amalan-amalan yang istimewa, tetapi sebelum aku tidur, aku mengingat kesalahan-kesalahan saudaraku seiman, lalu aku berusaha memaafkannya. Aku hilangkan rasa dengki dan iri hati terhadap kurnia Allah yang diberikan kepada saudaraku.”

Setelah mendengar itu, Abdullah berkata, “Ya, itulah yang menyebabkan engkau disebut sebagai calon penghuni syurga.”

(Riwayat Imam Ahmad) dipetik daripada Buku 'Hayatus Sahabah')


Dari fb :Tangisan Syria Di Bumi Jordan

No comments: