DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Apr 13, 2010

wanita..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

mood aku petang ni tiba2 jadi sangat tak tenteram.. aku pon xtahu kenapa, aku sebenarnya sukasangat lagu kat bawah ni, kalau aku rasa nakkan ketenangan, aku dengar lagu ni.. n kadang2 aku rasa kerdil kalau aku dengar lagu ni,.. rasa diri ni sangat xsempurna..

dalam hidup ni, aku selalu cuba nak lakukan yang terbaik and alhamdulilah setakat ni aku dah dapat apa yang aku nak, aku ada keluarga yang harmoni, kawan2 yang menyokong, terutamanya housemate2 aku yang sangat mendukung, kawan2 lama aku, cikgu2 aku, pensyarah2 aku yang sangat menyokong.. 

tapi aku masih rasa xpuas, aku rasa aku belum sampai satu tahap yang akhlak aku, akhlak yang boleh membantu aku di akhirat kelak, yang boleh menyenangkan ibubapa aku,dan orang2 disekeliling aku.. aku rasa semakin lama makin jauh dengan pencipta... mungkin betul, hidup dalam alam di universiti, xsama dengan alam sekolah, kat sekolah, ada masa2 yang memang wajib sume student ke masjid, denga ceramah, mayang bejemaah,.. tapi sekarang, semuanya atas diri sendiri, xda orang nak suruh, nak kerah g masjid, sume atas iman yang ada.. kalau iman student2 universiti tu masih kuat, masih teguh untuk beriman dengan agama allah, kuatlah pegangan seseorang tu tuk terus beriman di jalan allah..

ya allah.. bantu aku sahabatku dan kerabatku ya allah, bantu kami agar kami tidak terus hanyut dengan duniamu. jadikanlah kami wanita solehah/lelaki yang soleh, yang baik pekerti, yang baik kedudukannya di dunia dan akhirat.. kami manusia, hambamu yang lemah. semoga kami, hidupku dan keluarga ku sentiasa diberkatimu.. amin ya rabbal alamin...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)

No comments: