DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

May 19, 2010

.kena penjara sebab poligami?.


salam n pagi:)
alhamdulilah aku still bernyawa hari ni, :) pagi ni aku dah x sakit kepala lagi, kalau x semalam, berdenyut2 kepala, n sekarang jadi makin lega lepas makan actifast subuh tadi :) tadi aku baca paper online bh. baca plak tajuk ni.. 
maybe aku xikut sangat kot cita ahli politik yang sorang ni..kesian diorang, dah elok2 dirikan masjid, still kena hukuman, but then, aku agak tertanya2 nape bung punya hukuman lagi ringan dari zizie ?  erm..erm.. konfius. huhu.. tapi xpala, nanti aku search lain.. hehe.. bagi aku dari diorang bercinta je, biarlah diorg kawen, mendirikan rumahtangga tu kan satu ibadah, ye dak?
andai dia tercipta untukku, jadikanlah aku yang terbaik dan yang terakhir untuknya..:)
aku suka sangat ayat ni, aku harap satu hari nanti aku dapat tawan hati dia yang tercipta untukku tu, yang haruslah dia tu suami aku, dan jadi kan aku pendamping hayatnya..
yang menjadi persoalanya sekarang is, aku sangat pasti, bila aku post ayat ni kat facebook dulu, mesti akan ada yang bangkitkan soal poligami,hehe, da ternyata, akhi hafiz peka tentang apa yang ada dalam pemikiran aku  :)
hehe.. macam2 komen yang aku dapat,tp xpe, aku ni terbuka orangnya, insyallah semuanya aku amik sebagai pengajaran dan iktibar~
antara yang buat bagi ayat ni jadi kontroversi satu masa dulu are saudara wan azizul faiz, hafiz & izat nasran, mereka ini adalah mereka yang pernah bkrja bersama aku swaktu prgram 1malaysia dulu, dari situlah ukhuwah diantara kami terjalin, mempertemukan dengan aku dengan pendebat2 UPNM ini, kadangkala membuatkan aku garu kepala melihat, mendengar kepetahan mereka berkata, sungguh! :)
usai sudah, kini aku ada sedikit fakta mengenai polgami nak aku kongsi dengan semua..
Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami
ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى
وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى
أَلاَّ تَعُولُواْ
Mafhumnya :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)
perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.
Syarat Poligami
1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :
i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.
2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri.
2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteriisterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.
2.3. Adil Dalam Musafir
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :
آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه

Mafhumnya :
“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian diantara isteri-isterinya ”.
Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.
wallahualam ..erm..ive to quit dis, nak masak makan lunch, masak biasa2 saja sebab i sorg je yang nak makan:) special thanks also to pemberi sumber poligami ini, i terlupa nak save link nya! syukran jazilan~ ;)

No comments: