DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Nov 30, 2012

MENINGGALKAN DUNIA FACEBOOK SELEPAS KITA MATI

Mati itu pastikembali padaNya suatu yang hakiki,
cara, bila dan bagaimana kita mati, mungkin berbeza, bukan pilihan sendiri.


Rata- rata semua dari kita ada Facebook. Twitter, Blog & macam macam lagi social network yg kita join kan. Kadang2 tanpa kita sedar. kita ada LIKE gambar merapu, COMMENT dengan ayat-ayat tak sepatutnya, POST benda2 yang tak manis untuk kita post,gambar-gambar tak tutup aurat kita, terfikir tak kita, satu hari nanti, kita akan meninggal dunia, dan meninggalkan segalanya  yang kita pernah ada kat dunia pinjaman Allah untuk kita ni?


Gambar  macam ni ke yang kita nak tinggalkan?

Macamana kalau orang nanti edit gamba kita jadi macam ni?



Kita sendiri taknak kalau orang burukkan kita masa kita hidup, apatah lagi kalau kita dah takda nanti. Masa kita takda nanti, sape nak tolong tutup aib kita di laman sosial kita tu? kalau tak sempat tinggal pasword facebook/twitter account kat sape, macamana? Apa mak ayah kita rasa kalau satu hari nanti orang bercerita tentang aib anak dia yg dah takda?

Kita tak tahu bila, macamana, kat mana kita mati. Takutkan, kalau benda2 ni mengganggu kita di sana nanti? hm, jom. buang apa yang patut, bersihkan apa yang sepatutnya. Biar yang baik-baik saja tinggal untuk mereka yang kita sayang, untuk dorang tengok bila kita dah takda nanti :) suka ayat ni, tak mendalam sangat untuk kita faham :


"Perjalanan jauh itu akan terus kita tempuhi, hingga kita bertemu dengan kemenangan di atas kehidupan ini, atau kita mati dalam keadaan sedang berjalan ke arahnya. Biar nanti kala semua ditayangkan semula, kita boleh berbangga dengan keputusan yang diambil oleh kita." -HILAL ASYRAF


ok, atas ni selingan. hehe.Salam jumaat! semoga sama-sama dapat manfaat! < 3

1 comment:

miranadia said...


alia. nice entry.

lebih baik jadi misteri kan. haha