DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Nov 23, 2012

SALIM MAULA ABU HUZAIFAH

Tadi usai tengok Umar  siri 4, terus aku google perkataan2 yang tahap tinggi, huhu, sungguh, BI aku tak berapa bagus nak dalami maksud2 translation dalam Umar siri ni, tiap kali tengok kena salin perkataan yang tak tahu. huhuu. dalam masa yg sama, aku sangatlah berminat nak tahu tentang Salim anak angkat kepada Abu Huzaifah. Seorang hamba yang sangat hebat peribadinya. so ini yang aku dapat dari internet. baca jom :)


Pada suatu hari, Rasulullah saw berpesan kpd para sahabat dgn sabda baginda�bermaksud, "Ambillah oleh kamu al-Quran dari empat orang�iaitu Abdullah bi Mas'ud, Salim Maula Abu Huzaifah, Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal."Salim Maula Abu Huzaifah ra pada mulanya hanya seorang hamba. Kemudian dia diambil sebagai anak angkat oleh seorang pemimpin Islam terkemuka bernama Abu Huzaifah bin 'Utbah ra. Apabila Islam menghapuskan tradisi menasabkan anak angkat kepada bapa angkatnya, Abu Huzaifah menjadikan Salim saudara dan maulanya (hamba yang telah dimerdekakan)

Dengan kurnia dan nikmat Allah swt, Dalim mencapai kedudukan yg tinggi dan terhormat di kalangan orang-orang Islam. Dia berjiwa besar, berakhlak mulia dan memiliki taqwa yang tinggi. Salim menjadi imam bagi org2 yg berhijrah dari Makkah ke Madinah pada setiap kali mereka solat di masjid Quba'. Dia menjadi tempat bertanya mengenai Kitabullah hingga Rasulullah saw memerintahkan para sahabat belajar darinya.

Rasulullah saw juga pernah bersabda kepadanya, "Segala puji bagi Allah yg menjadikan dalam golonganku seorang seperti kamu."Pada Salim terhimpun keutamaan2 yg terdapat dalam Islam. Kelebihannya yg paling menonjol ialah dia mampu mengemukakan apa yang dianggapnya benar secara terus terang. Ini terbukti dlm peristiwa selepas pembukaan Makkah di mana Rasulullah saw menghantar beberapa rombongan ke kampung2 di sekitar Makkah utk berdakwah, bukan utk berperang. Salah satu pasukan tersebut dikepalai oleh Khalid bi Al-Walid ra. Di kalangan anak buahnya ialah Salim Maula Abu Huzaifah ra.

Semasa beroperasi, terjadilah suatu peristiwa yg menyebabkan Khalid terpaksa menggunakan senjata dan menumpahkan darah. Salim membantah keras tindakan Khalid itu. Walaupun Khalid seorang bangsawan Makkah dan Salim pula dahulunya hanya seorang hamba, dia tidak pernah merasa rendah diri kerana Islam telah menyamatarafkan mereka! Dia juga tidak menganggap Khalid sbg seorang panglima yang kesalahannya harus dibiarkan begitu saja, tetapi baginya Khalid adalah rakan kongsi dlm kewajipan� dan tanggungjawab! Dia tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi, bahkan dia hanya melaksanakan peranan nasihat menasihati yg dianjurkan oleh Islam.

Rasa tidak senang Rasulullah saw atas peristiwa yg berlaku reda bila diberitahu bahawa ada org yg menegur kesalahan Khalid iaitu Salim Maula Abu Huzaifah.

Setelah Rasulullah saw kembali ke rahmatullah, Abu Bakar as-Siddiq ra terpaksa berhadapan pakatan jahat orang2 murtad. Maka berlakulah pertempuran Yamamah, satu peperangan yg sengit dan merupakan ujian berat dlm sejarah Islam. Kaum Muslimin di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid ra berangkat ke medan juang. Di antara mujahidin tersebut ialah Salim dan saudaranya, Abu Hudzaifah.

Pedang Salim bagai menari-nari menebas dan menusuk pundak orang2 murtad. Apabila Zaid bin Khattab, pembawa panji tentera Islam gugur, Salim mengambil alih tempatnya. Setelah tangan kanannya putus dipotong musuh, panji yg jatuh segera dikutipnya dgn tangan kiri dan dijulangnya tinggi-tinggi.

Tiba-tiba sekelompok org murtad mengepung dan menyerbu Salim hingga pahlawan ini jatuh. Pertempuran itu berakhir dgn terbunuhnya� Musailamah al-Kazzab. Tentera murtad menyerah kalah kpd org2 Islam.

Ketika para sahabat mencari-cari mayat rakan2 yg syahid, mereka bertemu dengan Salim yg sedang berada dlm sakaratul maut. Mendengar jawapan bahawa Abu Huzaifah telah gugur berdekatannya, senyuman terukir di bibir Salim dan dia pun pergi menemui Tuhannya dgn tenang dan sejahtera.

'Umar bin al-Khattab ra berkata, "Andai Salim masih hidup, pasti dialah yang akan menggantikanku."


Hebatkan akhlak sahabat2 Rasullullah, Subhanallah, Barakallahalaihum. Semoga kita terus istiqamah mencari RedhaNYA. assalamualaikum ^_^

No comments: