DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Dec 9, 2012

PESANAN DARI KAKAK UNTUK ADIKNYA YG BELUM KAWEN, HEHE

tadi saja2 tengok2 post kat wall fb, jumpa satu status akak ni, kak ice, baru je aku add siang tadi sebab tgk wall die yg byk sangat status comel pasal real life die. cute. uhuu. ni post 30 minit lepas. comel + sangat2 berguna untuk aku satu hari nanti bila dah kahwen. * kot, calon pon takdak. haha.~

"Bila ada yg pm n tanya...
"Akak xpernah gaduh ngan abg ke...."

Hakikat.....
Kami pernah bertikam lidah. Ada ketika menjauh hati. Kadang2 tawar hati. Adat perkahwinan. Belajar dan mencuba utk menerima ketidaksamaan kami. Selalunya amat sukar utk menjatuhkan ego dan memulakan perbualan. Tetapi dia mengajar....merendahkan ego tak bererti kita tewas. 


Biarpun hati membengkak....katil tak pernah ditinggalkan tanpa teman. Dapur tak pernah tak berasap. Lauk dan minuman kegemaran tak pernah tak berhidang. Bibir disua tak pernah tak bersmbut. Pergi tidak pernah berhantar. Tidak kira apa gelodak dihati.

Kadang2....
Bila melabuh badan dikatil...pelukan mencair amarah
Bila peluh memercik menyediakan sajian....dia datang membantu di sinki berlaga bahu membunga kemaafan.
Bila lauk dan minumannya tersedia....kata terima kasih dari dia mesti bersulam senyum melontar semua ketidakpuasan hati
Bila bibir disambut walaupun tak okhlas...sedikit sebanyak keluar ketawa yg mendamaikan
Bila pergi dah dihantar....masing2 akan tahu maut mungkin menanti dan ini mungkin pertemuan terakhir....lalu apalah sangat sebuah kemaafan dari perpisahan yg tak diduga....

Jadi....berbaliklah pada tanggungjawab kita si isteri. Ada sebab Allah menjadikan ia TANGGUNGJAWAB...kerana sebenarnya ia adalah peringatan bahawa rahmat suami adalah SEGALANYA buat isteri.

Wahai diriku...dan teman2 yg bergelar isteri. Meski dirobek seribu pisau....meski dihunus seribu pedang.... Tanggungjawab yg dah tertulis adalah penyelamat hati kita untuk dia....suami2 kita.




comel kan. konklusirendahkan ego, if u value your relationship more than your ego. bye! :D

No comments: