DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Apr 24, 2013

POSHE, kita sama sama beri mereka juga peluang untuk kehidupan yang lebih baik =D



POSITIVE SHELTER HOME (POSHE) ialah tempat berlindungnya kanak2 yang menghidapi penyakit HIV/AIDS,rata-rata dari mereka tidak mempunyai ahli keluarga, tidak mempunyai ibu bapa, saudara mara seperti kita, yang mempunyai potensi besar untuk berjaya pada masa hadapan. Kanak2 di POSHE ingin berpindah ke rumah baru di area MERU, jom kita bantu :)

hulurkan bantuan apa yang termampu, sekiranya berminat, sebagai individu atau kelab/ organisasi nak membantu mereka, boleh hubungi terus pada Makwan (pengasas POSHE) 016-6271883, melawat rumah mereka di no. 2,Jalan budiman 14, Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, emel di positiveshelter@gmail.com atau menyumbang wang pada mereka di akaun:

Tabung Poshe Positive Shelter Maybank : POSHE
Account number : 564557124750

http://www.facebook.com/rumahperlindungan.poshe.9/about

Semoga Allah permudahkan segala urusan adik2 POSHE, orang2 yang sudi men
jadikan kehidupan mereka lebih baik dan juga semoga Allah terima segala amal kita . Allah tak pernah lokek memberi, pada hambaNYA yang tak pernah jemu mencari redhaNYA. InsyaAllah ♥

No comments: