DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Dec 2, 2009

MAKAN + KENYANG

Assalamualaikum=)

Hari ni aku dah xdemam, alhamdulillah, thanks Allah atas nikmat kesihatan dan nikmat hidup untuk hari ni :) Hari ni jugak mood aku baik. Xnak gaduh2=) tadi, tengah sibuk2 cari resepi baru, nak masak2, huhu, (sememangnya aku suka makan n makan) terjumpa resepi lasagna ni, fuh serius sedap.


Sgt suka makan menda ni, tapi jarang leh jumpa, kat pizza n foodcourt klcc je ada yang betul2 sedap, nyummy2! tambah2 plak kalau dia ni seafood nye, fuh, lagi la 200% markah, fullmark aku kasi, hehee ( alya ni mmg over kakaka) Resepi ni aku amik kat web yang sememangnya banyak bantu aku dalam aktiviti masak menyepah dapor ni, http://resepi.mesra.net/



Bahan-Bahan:
4 keping pasta lasagne
1 biji bawang
20 gm isi ayam

4 sudu tomato puri
2 cwn susu cair
20 gm keju mozzarella
Cara:
1.Rebuskan pasta lasagne dan toskan
2.Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dicincang,tomato puridan isi ayam
3.Gaulkan keju mozzarella bersama susu cair hingga pekat
4.Sambil itu sapukan marjerin di sekeliling mangkuk pembakar dan masukkan sekeping lasagne ditoskan tadi,diikuti dengan lapisan inti isi ayam yang telah dimasak tadi
5.Ulangi langkah setingkat demi setingkat dan bakar selama 25 minit di dalam ketuhar bersuhu 140 selsius



Bile aku nak leh buat benda alah ni, bahan banyak xda, tapi xpa, akan aku buat jugak, bahan2 dia xla sush sangt nk cari, beli kat mamak bawah pon ada.. hahaha, haaaa korang yang baca, kalau nak, try buat, n try tgk, jadi x macam kat bawah ni=)





Yang mana2 pon boleh, ikut kreativiti, hihi aku pun nak g try gak buat.. selamat mencuba try=)

No comments: