DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Jan 9, 2010

..matlamat tak menghalalkan cara..


isu penggunaan kalimah allah semakin panas bila baru2 ni ada pulak kes baling bom petrol di gereja.. benda sedikit sebanyak sebenarnya merosakkan imej orang islam di mata agama2 lain di malaysia ni.. sedih pun ada, bila agama lain dah start melabelkan islam agama sebagai agama yang mengamalkan keganasan.. dari isu WTC, ke kes penyerang berani mati kat bali, n kes2 berani mati y lain, selalu sgt dikaitkan dengan agama islam..ni sekarang kat malaysia pulak.. xcukup berjaya ke konsep 1malaysia y cuba pm kita terapkan dalam masa pemerintahan beliau sekarang ni? yang menyeru semua rakyat malaysia sekarang ni, untuk lebih menghormati agama lain, bersatu padu, menerap rasa kecintaan dalam setiap dari kita tuk lebih sayangkan keharmonian negara kita ni..

hal ni sebenarnya bukan lebih kepada hendak membela hak agama islam tu sendiri, tapi, lebih kepada sifat benci-membenci terhadap agama lain..islam x ajar kita memusuhi agama lain, islam ajar kita, hormat, memberikan hak kebebasan agama kepada agama lain.. kalau betul pun kita marah kat agama tu, islam x ajar umatnya meyerang orang awam, menimbulkan ketegangan dan melakukan kerosakan atas bumi allah ni..hmm.. harap2 isu ni xberpanjangan.. jangan sebab nila setitik,rosak susu sebelanga, disebabkan ketidakfahaman konsep dan ajaran allah segelintir umat islam ni jugak, agama islam dipandang rendah dan ganas..

sama2lah kita berdoa, allah bagi petunjuk untuk setiap dari kita ni, supaya lebih cintakan keamanan, sukakan perpaduan, boleh berfikir and bertindak guna akal dan fikiran y rasioanal.. insyallah.. kemenangan di pihak yang benar..Serangan berani mati haram=)





No comments: