DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

May 25, 2010

.887 pelajar perempuan yang pernah melakukan seks luar nikah.

salam n malam :)

hari ni hari2 yang ceria bersama adik2 yang cumil2 belaka.. pagi rehat2 di rumah xbuat apa, masak tengahari lauk biasa2, udang sambal n telur dadar, petang g jalan2 g taman bawak adik2 :)

Mayat bayi ditemui ditanam dekat landasan kereta api

hari ni jugak malaysia gempar lagi dengan berita kat atas ni, dari ke berita harian, buetin utama kat tv tu.. suma cita sal baby kecik kenal tanam tu..

adeh.. apala salah baby2 yang comel tu, kalau xnak cuba hanta kat umah2 kebajikan, buat iklan ke, jangan lah buang, tanam.. sdeynya.. kalau lah i yang kena buang, then i membesar sebatang kara xkenal mak ayah.. sedihnya.. diorang ni x pk ke, dosa pahala.. buat anak nak.. hurm.. kalau xnak sangat pon, xyah la buang...... 

xfahamla manusia sekarang ni.. makin lama, makin banyak pulak kes.. ingat lepas banyak kempen, jadi makin kurang.. sdihnya.. nak salah kan sapa dalam hal ni? remaja2 tu? mak ayah dorang? cikgu2? hurm.. memang patut pon saranan kerajaan buat subjek pasal kesedaran masalah sosial & kaitannya dengan pendidikan seks tu.. cepat2la sket masuk silibus budak2 ni.. dah makin teruk sangat dah..

meh nak share artikel sal kes2 ni.. 

By : http://antiluarnikah.com

Siapa yang tak terkejut dengan angka 887 yang dikeluarkan dari statistik pelajar perempuan yang pernah melakukan hubungan seks luar nikah. Inilah angka mereka yang pernah melakukan hubungan seks tu. Hanya seorang daripada responden kajian tu yang tidak pernah melakukan hubungan seks luar nikah.




Hari Khamis aku terbaca akhbar KOSMO yang memaparkan berita gambar separuh bogel seorang pelajar perempuan di Kulim tersebar di sekolahnya. Pengetua pun panggil budak tu dan didapati dia mengaku bahawa gambar itu kepunyaan dia yang ditangkap oleh teman lelakinya selepas melakukan hubungan seks.

Dalam akhbar METRO Ahad, mengisahkan tentang rumah KEWAJA tempat perempuan yang melakukan hubungan seks luar nikah diberi jagaan dan perlindungan kerana sedang mengandung. Datuk Shahrizat kita pula mencadangkan agar teman lelaki mereka juga dikenakan tindakan sebagai pengajaran.

Apa mesej yang korang nampak di sebalik ketiga-tiga kisah kat atas ni? Ya, betul keadaan sekarang semakin teruk. Pergaulan bebas yang sukar dikawal. Pendedahan tanpa batas terhadap segala sumber baik dan tak baik. Dan sebagainya..

Tapi aku nak kongsikan satu perkara yang aku dapat dalam pengajian aku. Kita kena korek the root of the problem. Dan kalau kita tengok hukuman hudud dalam al-Quran berkenaan zina, diawalkan perempuan daripada lelaki. Aku bukan bercakap tentang gender tetapi konsep zina sebenarnya mengikut kefahaman ustaz aku yang aku juga setuju.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.[An-Nur(24):2]

Perempuan disebut dahulu kerana dalam zina (hubungan seks luar nikah) ni perempuan memainkan peranan penting. Jika perempuan rela, ia dikira zina. Dan jika tidak, dikira rogol. Persoalannya mengapa perempuan itu rela dan akhirnya ingin menuding jari kepada lelaki? Aku tak kata lelaki tu tak salah. Aku cuba nak katakan bahawa perempuan yang sebegini tak fikir panjang.

Memang logiknya, melakukan hubungan seks luar nikah adalah sesuatu yang akan mendatangkan masalah. Kononnya si lelaki akan bertanggungjawab, maka si perempuan menyerahkan diri sebagai tanda cintanya. Tapi alangkah *****nya si perempuan itu kerana termakan pancing si lelaki buaya. Kalau dia bertanggungjawab, dia takkan buat perkara tak senonoh. Dia akan ikut laluan betul. Dia akan datang merisik, meminang, dan akhirnya berkahwin. Cuba fikir logik sket.

Aku waktu remaja dulu rapat dengan makcik aku yang suka beli majalah REMAJA. Aku antara pembaca tetap ruangan masalah gadis dan masalah teruna. Dari kebanyakan masalah, inilah masalah terbesar, perempuan dipermainkan teman lelaki yang kononnnya sangat setia dengannya. Ish *****nya kedua-dua mereka.

Dan yang paling kesian pastinya si perempuan. Lelaki tak mendatangkan sebarang kesan fizikal tetapi perempuan kalau tak mengandung pun, istilah anak dara tu dah tak sesuai. Semakin aku terasa betapa sukarnya mendidik dan melindungi golongan hawa ini.

Kerana itu pernah Rasulullah bersabda yang mafhumnya lebih kurang camni. Anak perempuan itu antara penentu seorang ayah masuk ke syurga atau neraka. Bukan mudah nak didik anak perempuan. Tambah plak zaman sekarang ni yang anak-anak lebih 'pandai' daripada ibubapa.

Kata Hushim bin Salleh, kaunselor UM, kita kena jadikan anak-anak sebagai kawan. Kita saling bertanya, berbual dan berbincang. Membiasakan diri bersama-sama mereka. Bukan lagi menjadi garang dan pemarah seperti zaman dahulu. Biar lembut tetapi tegas. Apabila mereka sering menjadikan ibubapa sebagai rujukan dan kawan rapat, maka usah risau insyaAllah kehidupannya di luar rumah terkawal dengan sendirinya.

Aku suka bercakap tentang perempuan sebab, sepertimana pernah aku cakap dulu, golongan ini adalah golongan lemah. Maka, mereka perlu dilindungi dan dijaga serta dididik untuk menjaga diri dengan baik. Lemah tak bermakna kalah. Lemah bermakna, kalau macam mana kuat dan bagus dari segi fizikal dan mental sekalipun, si lelaki lebih 'pandai' membuat helah mematahkan kehebatan perempuan itu sama ada melibatkan penggunaan mental atau fizikal.

Yang akan membuatkan si lemah itu menang apabila rohaninya mengatasi segalanya. Maka, desakan, pujuk rayu, ajakan, dsb pasti takkan pernah memakan dirinya. Hanya perkara-perkara ini yang biasanya melemahkan sang perempuan. Bukan sahaja kepada anak dara, bini orang pun sekarang dah biasa curang pada suami. 


hurm.. cuba kalau ambik anak tu, jaga elok2, bia dia membesar dengan baik, dapat gak pahala.. ni biar dia terbiar, tunggu orang kutip, xpon biar dia mati kena makan anjing, mati kelaparan, mati kena tanam.. adoi, manusia2 sekarang, membesar elok tapi otak xpakaai.. hurm.. nauzubillahiminalzalik.. harap2 xjadi kat diri sendiri, kawan2 dan ahli keluarga kaum kerabat.. 


sayang adik2 aku sangat2.. harap diorang leh membesar jadi orang yang berguna, jaga maruah keluarga.. ntah apa la jadi kat adik2 aku nanti, teringin nak tengok masa depan :) adik aku yang last sekali, dah pun besa, tinggi, n yang paling penting sangat comel, macam akak dia ni, hihi




hhi. dahla.. banyak pulak mengomel. nak makan. tataa :)

2 comments:

Fasya Abdy said...

tula...hai//manusia ni akal fikiran pendek...xpk akibat jgka pnjang..n apabila nafsu atasi segalanya..inilah yg jadi

enyheartsdiamond said...

:(

There was an error in this gadget