DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Jan 28, 2011

. review sekitar kedai mamak .

salam n salam 1malaysia.
:)

pagi sume! huhu serius x leh tdo nih. adoi. tbe2 ada mood baik pulak nak menaip ni :) hari ni alhamdulilah, sume bejalan lancar.kelas tutorial geotech pagi2 tadi dah buat aku semangat sikit nak study subjek yang awalnya-langsung-akuxpaham-satu-apepon tuu~ haha thanks mem jestin! :) then sambung pulak subjek LK, macam biasa, aku suka kelas tuu walaupon aku sangat la selalu blurrr,haha, petang kelas arab, dengan ustaz khairi yg hensem tu, mesti la bes an kelas dye :P 

haha,comel uh budak ni! aku google gamba tdo tadi,nak menggambarkan ketidak-hingatan aku tdo sampai ke magrib balik kelas tadi, bangun2 je dah gelabah coz plan asal xmenjadi nak balik ampang lepas maghrib coz asignment geotech yg kena anta esok xsiap agi, heh. janji pulak ngan adik aku ina nak g pasa malam ampang, aleh2,pukul 1030 baru lerr sampai ampang, memang ke mana2 la kan pasa malam tuu, haha :P 


ye lah, nak siaap kan assignment tu dah la lambat, boleh pulak time tu nak setel sal KURSUS INDUKSI PEER LEADERS SESI 2011. patotnya aku memang kena g kusus, then, banyak sangat masalah, kusus tuu ditangguhkan pas cuti, adeh, blurr, xtahu nak rasa apa, sedih xdapat g? geram coz plan xtegugat? syok coz cuti ni free? kesian kat membe2 yang da beli tiket lambat? adeh. ntah semua becampor jadi 1.=( =)


adeh, sekali lagi, selalu tersasar dari niat asal nak menaip tau,hukhuk. tadi, sesampai je kat umah mama aku tadi, ngat nak balik, tibe2 lapa, so aku ngan ina, begerak la ke HAFIZ CORNER, kedai mamak yang bes dekat2 uma mama aku nii.. n aku yg kelapran gilosss ni, orderla chicken chop + nasi putih + tomyam campor + telor mata + ice blended soursop + iceblended choc, macam sedaap annn? memang sedap lawehh! RM23.00 semuanya, weh, murah la kan? =)

haaa, ni la yang aku cuba nak sampai kan, korang tengok ok, kat area kl ni, mana korang nak dapat harga macam ni.


chicken chop - RM9.50
(pakcik google nye gambo , yang sebenar tambah muffin kecik :P)


ice blended buah n choc - RM3.00
(thanks lagi uncle google! )

n macam2 agilah yang murah kat sini :P then, yang paling penting, restoren ni sangat la ramai orang, dari la lepas magrib ke tengah malam, mesti ada je orang datang makan ok. makanan dye pon not bad ah, sedap. aku layaaan! heh. tengah2 aku makan tu, tiba2 tergerak jap nak buat analisa keuntungan yang mamak2 ni dapat dalam sehari. korang tengok ni ha.
  • kat dalam kedai tu ada lam 5o meja
  • katalah pukul rata, setiap sejam 35 meja yang penuh
  • orang yang datang makan bersilih ganti, lam sejam ada la dalam 5/6 orang datang makan kat satu meja pada satu-satu masa
  • n pukul rata dorang baya kire2 5/6 orang, RM 25 orang 1 meja (sorang paling busuk makan RM5.00) .
  • dalam sejam, 35 meja penuh X RM25.00 = RM875 SEJAM!
  • tu kire yang paling murah k, sekepala RM5. kalau yang jenis suka makan macam aku? chicken chop bagai2. fuh. banyak wehh!
  • ok done untuk sejam. kedai tuu bukak untuk 24jam. kata la dalam sehari, orang penuhkan 35 meja untuk 8 jam peak hour, kul 7-9 (breakfast), 12-2 (lunch ), 8-12 (dinner )
  • kire2, 8jam X RM875 =   RM7000 SEHARI!
  • gile banyak weh~ tolak gaji pekerja,15 orang, sorang gaji dalam rm30 = RM450, 
  • modal katela separuh (campur sekalo sewa kedai + api air ), busuk2 sehari Untung dalan RM3500
  • SEBULAN BAPE? RM3500 X 30 HARI = RM 105000 sebulan!. weh, banyak kott~
  • ni kiraan kasar aku ikut sehari yang paling2 minimum ok, sekepala RM5 bayang kan keuntungan sebenar? kalau time ada bola? time world cup? dengan tv 5 buah n screen besa tuu? lu pikirlah sdiri!. hahaaha.
ok done mengira. hehe. bagi pencinta makanan macam aku ni. aku ni jenis xkesah sangat makan apa pon, bab kata kawan2 kelas aku, " kau ape yang xsedap alia!" hahah serius, aku memang nak ada sumting macam kafe @ kedai makan @ bakery @ kilang makanan sendiri . sangat suka beniaga. sampai ada 2 3 orang lecturer aku cakap aku ni silap amik kos kot! haha meniaga is my passion, tolong la faham. harap sangat2 cita2 yang satu ni tercapai. rasullullah pun meniaga.. dalam islam pun ada sebut, 
9 dari 10 punca rezeki adalah dari perniagaaan

betul x? betulkan aku kalau tersilap :) hurm apa2 pon, doakan aku teman! :) kla, mau beradu.

take care!! <3


Jan 24, 2011

.rawatlah hati.

salam, salam 1malaysia.
:)

akhirnya, ini entry ke-100 cerita alia :) alhamdulillah, blog ini terus hidup, untuk terus menjadi teman sepenceritaan dunia alia, berkongsi sikit sebanyak tentang hidup, kekal terus untuk menjadi diari siber diri insan bernama ALIA :)


seperti minggu2 kebiasaan, PALAPES UPNM akan ada kan training, sabtu ahad. so, sabtu ahad aku ada kat u tersayang tu.. minggu baru ni ada sikit kelainan bila HEPA organise satu program yang banyak buat aku berfikir beberapa perkara penting dalam hidup aku sebagai seorang muslimah di bumi allah ni.. Program "CANTIK DIMATA, MENAWAN DIHATI"...semua student ladies upnm dijemput datang ke prog ni.. memang ada beberapa perkara yang betul2 buat aku terkesan..banyak benda sebenarnya yang perlu diubah dalam diri aku ni...harap sangat leh kuatkan semangat tuk berubah tuk jadi orang yang lebih baik.. :(


kepada Dr Robiah K. Hamzah..
terima kasih ummi,  Ummi betul2 buat saya sayang ummi, walaupun kita baru je berkenalan.. :'(  Semoga Allah berikan segala yang terbaik buat ummi, kehidupan ummi, ummi banyak sedarkan kami..harapkan apa yang kami dapat dari ummi semalan, dapat kami simpan dan teguhkan dalam hati kami untuk jadi muslimah yang lebih berguna kepada kehidupan kami dunia dan akhirat... terima kasih ummi...akan saya simpan buku ummi, untuk saya lebih menghargai diri sendiri, berjaya di dunia dan akhirat ALLAH.. insyaallah...ummi kami :)

Cinta menghidangkan pelbagai resepi  untuk dijamah oleh pemiliknya..

Ada yang manis pada awalnya, tapi kecewa pada hujungnya..

Ada pula yang diuji pahit pada awal tapi kecewa pada hujungnya..

Ada juga cinta memerlukan pengorbanan yang paling mahal yang namanya perpisahan dan kematian untuk kita terus merasai nikmat dan pahitnya percintaan..

Tak kurang pula, ada cinta yang bersimpuh di ribaan kita bahagianya tanpa perlu bersusah payah..

Percintaan sering menjadi turning point dalam lebuh raya perjalanan manusia, kerana dalam perjalanan ada orang menetapkan pelbagai matlamat. .

Ada yang matlamatnya hanya mahu sampai ke destinasi tanpa mengira kesulitan yang dilalui.

Ada yang menjadikan speed sebagai matlamat, yang penting cepat sampai..

Ada pula yang asyik menghitung berapa jarak dan berapa tempat singgah sepanjang perjalanan..

Begitulah jalinan percintaan yang peta hujungnya dipegang ALLAH..

ALLAH berjanji.. bila ada siang pasti adalah malam dan bila ada suka, pasti ada duka..

Mana mungkin duka selamanya dan mana mungkin malam selamanya..
                                                                                                                                                -Dr Robiah K.Hamzah

“ Jika ada masalah yang tidak selesai, beristighfarlah sebanyaknya, nescaya Allah akan membuka jalannya. Jika terasa sentuhan Allah, maka ujian, cubaan dan bencana yan dihadapi menjadi seperti cucuran air hujan atau hembusan angin sahaja..”-Ibnu Taimiyah


take care semua! :)

Jan 7, 2011

.inspirasi dan aspirasi mereka kepada saya.

salam n salam 1malaysia
:)

6 Januari 2010
Kediaman Dato Seri Mustapa Mohamed
Program Bicara Orang Muda 

semalam, aku ada join program ni. program bicara orang muda,194 orang hadir program bicara orang muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa(ASPIRASI) ni.Tetamu2 yang dijemput bekas pemimpin mahasiswa universiti-universiti seluruh Malaysia dari 2001 hingga sekarang.banyak jugak la input dapat, antaranya isu semasa pasal pekerjaan lepas bergraduan, matlamat aspirasi , Siposium Dilema Melayu (menarik ni) yang akan buat bulan 2 ni n isu2 yang lain, memang layan aku tadah telinga, free dapat ilmu sikit dari mereka2 tu....  mantap oh dorang ni dalam bagi idea n pendapat masa sesi soal jawab semalam. siyes. xjemu dengar. :)


semalam jugak la aku boleh kata mengenali dengan lebih dekat Datuk Seri Mustapa Mohamed,Menteri Perdagangan dan antarabangsa, (fb beliau, klik sini) beliau ni sangatla prihatin orangnya, melalui apa yang aku dengar semalam, beliau banyak bagi sumbangan dalam memperjuangkan hak kebajikan mahasiswa dari dulu sampai sekarang. walaupun sekarang ni beliau dah xjadi menteri pengajian tinggi lagi, tapi beliau ni salu gak update pasal mahasiswa ni :) turut hadir semalam,Menteri Dato' Dr Awang Adek,Timbalan Menteri Kewangan, beliau pon sempat jugak bagi sikit kata2 semangat tuk semua maju dalam apa pon yang dibuat, thanks to both dato :)

tambah lagi, lawa kot uma tuu. suka konsep nya. simple n selesa. umah yang banyak berjasa tuk team abg2 kakak2 aspirasi satu masa dulu n sekarang juga :) thanks tuk yang mengajak ke program  semalam, incik kiren, walaupon sedikit lost pada awalnya kenapa saya kena pegi program tu, tapi xpe, program ilmu tu, xbaik tolak :) eh,lau nak cari mana aku, tengok ah lam gamba atas, tudung itam, baju biruuu tuuu. hahahah :P

ok. done update pasal semalam.


harini, jumaat yang indah. xada apa2 tekanan yang bebanan yang menghalang aku berada depan lappy ni sejak ni daari tengahari terik tadi. heeeeeee~ pagi tadi pon free, xda kelas. tapi terpaksarela ke kelas coz ada perjumpaan ngan penasihat akademik (PA) kitorang yang comelkiutmiut Maam Jestin n Mem Hapsa, then kna jumpa kaunselor kami yang comel juga. en. shah, ada hal katanya..

pejumpaan PA tadi, leh la aku update pasal pretasi akademik budak2 kos aku sem ni.dari apa yang kitorang tau tdi, 
  • 4.00-3.50:: 4 orang
  • 3.00-3.49:: 17orang
  • 2.50-2.99:: 16orang
  • 2.00-2.49:: 4 orang
haa. teka aku kat kategori mana? haha biasa2 je. masuk dalm yg 17 orang tu. tadi maam ada jugak cakap, so far, sem ni mostly meningkat, n da best part is batch kitorang batch terbaik untuk kos civil engineering. wow. hebat kan? ape ag. clapclapclap :P haha bangga la kejap. haha tapi apa2 pon. aku percaya, kitorang mesti leh buat lagi baik.. not forget, congrats to aini, nisa, anis n salwa yang maintain dekan every semester ! waa, hebatkan mereka :)  

tadi jugak ada sesi berkongsi rahsia kejayaan bersama nisa(best student kos kami) n yus(bes student for cadet), share dimana silapnya bagi yang drop result, n sama2 cari apa kelemahan masing, n dari apa yang aku dapat, secara konklusinya, 
  1. belaja kena smart
  2. konsisten,
  3. jangan banyak meniru, 
  4. jangan banyak main!
  5. kurangkan bercakap(dipercayai mengurangkan ilmu,terkena aku :P)
  6. tolong menolong sesama kawan
  7. kuatkan semangat lawan pengaruh kawan
  8. buat assigment sendiri,no COPY!
  9. fikirkan masa depan! IBUAYAH!
  10. jadikan kawan2 yang berjaya sebagai contoh:)
heh. baguskan, seronok je rasa bila tengok kawan2 sama2 bekumpul macam tadi, harap2 lepas ni, semua budak2 kos civil 2008 leh sama2 berjaya, kita kekalkan n naikkan lagi pointer sem ni n yang mendatang insyallah...

after makan pizza yang di belanjakan oleh PA tersayang kami tadi, aku n in bergegas ke HEPA tuk jumpa en shah, kaunselor kami. there are 3 programme menanti kita.. some of work need to be finish by next friday. untuk peers, ahli2 jugak perlu di update , coz sum of us yang dah final year perlu di cari pelapis mereka... then kusus tahunan peers ujung bulan ni :) bulan 4 ni ada Career Fair 2010,untuk senior2 ku yang bakalan grad ujung tahun ni,  sejumlah tenaga yang banyak perlu dicari dalam masa terdekat ni... ada sape2 berminat nak jadi penggerak karnival ni? text me ok! :))

ASPIRASI n INSPIRASI, may we have a bright journey throughout this 2011 :)
tata!