DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Jan 24, 2011

.rawatlah hati.

salam, salam 1malaysia.
:)

akhirnya, ini entry ke-100 cerita alia :) alhamdulillah, blog ini terus hidup, untuk terus menjadi teman sepenceritaan dunia alia, berkongsi sikit sebanyak tentang hidup, kekal terus untuk menjadi diari siber diri insan bernama ALIA :)


seperti minggu2 kebiasaan, PALAPES UPNM akan ada kan training, sabtu ahad. so, sabtu ahad aku ada kat u tersayang tu.. minggu baru ni ada sikit kelainan bila HEPA organise satu program yang banyak buat aku berfikir beberapa perkara penting dalam hidup aku sebagai seorang muslimah di bumi allah ni.. Program "CANTIK DIMATA, MENAWAN DIHATI"...semua student ladies upnm dijemput datang ke prog ni.. memang ada beberapa perkara yang betul2 buat aku terkesan..banyak benda sebenarnya yang perlu diubah dalam diri aku ni...harap sangat leh kuatkan semangat tuk berubah tuk jadi orang yang lebih baik.. :(


kepada Dr Robiah K. Hamzah..
terima kasih ummi,  Ummi betul2 buat saya sayang ummi, walaupun kita baru je berkenalan.. :'(  Semoga Allah berikan segala yang terbaik buat ummi, kehidupan ummi, ummi banyak sedarkan kami..harapkan apa yang kami dapat dari ummi semalan, dapat kami simpan dan teguhkan dalam hati kami untuk jadi muslimah yang lebih berguna kepada kehidupan kami dunia dan akhirat... terima kasih ummi...akan saya simpan buku ummi, untuk saya lebih menghargai diri sendiri, berjaya di dunia dan akhirat ALLAH.. insyaallah...ummi kami :)

Cinta menghidangkan pelbagai resepi  untuk dijamah oleh pemiliknya..

Ada yang manis pada awalnya, tapi kecewa pada hujungnya..

Ada pula yang diuji pahit pada awal tapi kecewa pada hujungnya..

Ada juga cinta memerlukan pengorbanan yang paling mahal yang namanya perpisahan dan kematian untuk kita terus merasai nikmat dan pahitnya percintaan..

Tak kurang pula, ada cinta yang bersimpuh di ribaan kita bahagianya tanpa perlu bersusah payah..

Percintaan sering menjadi turning point dalam lebuh raya perjalanan manusia, kerana dalam perjalanan ada orang menetapkan pelbagai matlamat. .

Ada yang matlamatnya hanya mahu sampai ke destinasi tanpa mengira kesulitan yang dilalui.

Ada yang menjadikan speed sebagai matlamat, yang penting cepat sampai..

Ada pula yang asyik menghitung berapa jarak dan berapa tempat singgah sepanjang perjalanan..

Begitulah jalinan percintaan yang peta hujungnya dipegang ALLAH..

ALLAH berjanji.. bila ada siang pasti adalah malam dan bila ada suka, pasti ada duka..

Mana mungkin duka selamanya dan mana mungkin malam selamanya..
                                                                                                                                                -Dr Robiah K.Hamzah

“ Jika ada masalah yang tidak selesai, beristighfarlah sebanyaknya, nescaya Allah akan membuka jalannya. Jika terasa sentuhan Allah, maka ujian, cubaan dan bencana yan dihadapi menjadi seperti cucuran air hujan atau hembusan angin sahaja..”-Ibnu Taimiyah


take care semua! :)

No comments: