DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Mar 2, 2012

.DALAM MIHRAB CINTA.


Sejarah mencatat, mereka kebanyakkannya lahir dalam keadaan yang sukar. Mereka melangkah dan menapak tangga-tangga kejayaan di tengah-tengah kesusahan hidup.
-Dalam Mihrab Cinta, Habiburrahman El-Shirazy

selesai saya baca novel karangan penulis kegemaran saya, Habiburrahman El-Shirazy :D tulisan yang selalu membuatkan kita berada didalam keadaan si pelakon dalam karya beliau. tulisan yang baik, sangat menyentuh hati dan perasaan hati pembaca novel beliau. 

taksalah percaturan saya untuk pinjam novel ni dari sahabat bilik saya anis semalam dan mendengar nasihat sahabat saya,z untuk membaca karya2 beliau beberapa tahun lepas. novel-novel beliau memang best. one of the best, ayat-ayat cinta, saya rasa macam dekat tanah arab, menjadi sebahagian diri fahri, berkawan dengan maria, dan berkahwin dengan aisha yang cantik dan penyabar, hehe memang tak silaplahh novel ini dikaryakan menjadi filem (walaupun novel lagi best dari filemm :P)  hehe ok, back to the point, :)

barakallahufika. semoga Allah terus memberikan kehidupan dan peluang untuk beliau berkongsi dengan kita lagi melalui tulisan-tulisan beliau :D

Dalam Mihrab Cinta, kagum semangat juang, kesungguhan, nekad Syamsul Hadi untuk teruskan hidup :) "Keteguhan jiwa dan kegigihan dalam bekerja, belajar dan berusaha daripada bersandarkan bakat dan bkemampuan peribadi, yang menjadikan mereka dikenali sebagai orang yang berjaya." :) ayat yang paling best dalam ni,


"Kemenangan di medan pertempuran ini hanya milik orang yang berani dan tidak kenal takut, tidak mudah menyerah kalah kepada rintangan yang mereka hadapi dalam apa jua keadaan sekali pun. 


Tidak peduli berapa kali mereka tersungkur dan jatuh, mereka seing bangkit kembali dan meneruskan usaha mereka dengan semangat baru yang lebih berkobar, dan akal baru yang penuh kebijaksanaan dan pertimbangan yang matang."

saya harap, saya akan terus ingatkan diri saya; sentiasa percaya pada kemampuan diri, saya mampu sebab tu allah uji saya dengan ujian dan nikmat kehidupan ni.  ayat semangat untuk semua : 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(Al-Baqarah :286) :D 


alia :)

No comments: