DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Apr 24, 2010

ketika cinta bertasbih!

Assalamualaikum, salam segala salam!

Ayatul husna: cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sehat, mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengbah penjara jadi istana..., mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah..


sekali lagi, karya habiburrahman el shirazy, KETIKA CINTA BERTASBIH, selepas karya ayat-ayat cinta, di atas sejadah cinta, berjaya menarik aku untuk menginsafi diri, merenung kelemahan diri.. aku baru saja berkesempatan menonton film kcb 1& kcb 2.. ikhlas, kcb ini sangat menarik, jauh lagi menarik dari ayat2 cinta yang difilemkan.. AAC agak menyimpang dengan novel asalnya yang telah aku baca.. kcb jugak membuatkan aku agak insaf, sangat teringin nak melanjutkan pelajaran kat bumi para anbiya, namun sangat merasa kekerdilan & kelemahan diri, merasa kekesalan yang teramat sangat, xberjaya melanjutkan pelajaran disana, belajar xcukup bersungguh2 dulu,walaupun tulah yang pernah menjadi cita2 hamba allah ini semasa di awal persekolahan di alam menengah dulu..bukan rezekiku mungkin..

Terpukau dengan keayuan Anna Althafunisa, kagum dengan semangat Abdullah Khairul Azzam, ketabahan saudara Furqan, kesungguhan Eliana untuk berubah menjadi muslimah yang terus ingin berbakti pada agama islam, agama yang syumul.. Kisah cinta dalam kcb ni juga,  mengkagumkan, membuktikan, maut & jodoh ditangan tuhan, kalau sudah benar dia tercipta untukmu, maka qada' dan qadar yang akan menentukan segalanya..

Subhanallah, credits to Habiburrahman, atas keberhasilan karya beliau, semoga allah memberkati usah dakwah beliau, merahmati umur beliau dan meredhai kehidupan beliau.. amin!

p/s: kalau rasa nak baca karya beliau ini, klik KETIKA CINTA BERTASBIH atau beli je kat kedai buku, mesti ada.. tq=)


Apr 20, 2010

kalaulah dia faham apa makna rindu!=(

Alhamdulilah.. terima kasih tuhan kerana meminjamkan dia kepada ku...
adik kecil yang sangat comel, walaupon kadang2 boleh jadi tersangat nakal!
alya nurfarzana..kak pika rindu ana.. =( missing her badly!
tapi ana xfaham apa kak pka cakap..bilala ana nak besa sket.. so that masa tu ana boleh balas kat kat kak pika macam kakak min balas " rindu kak pika jugak!" huh... xsaba nak tunggu masa tu!='(

rindu rumah walaupun baru je balik khamis lepas!uwwaaaa!

Indah Tercipta...

Bismillah..
alhamdulilah, syukur ke hadratnya, aku masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini.. aku tertarik dengan artikel kat bawah ni.. sama2lah kita renungkan.. semoga aku dan kalian semua mendapat iktibar dari artikel ini.. credits to iluvislam!

Indah Tercipta
www.iluvislam.com
Di forward oleh Ikhwan Al-Muslimin
Editor: Afdhal87
Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.



Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.




Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.  

Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.
Nastagfirullah Zunubana Ya Allah !

Apr 13, 2010

wanita..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

mood aku petang ni tiba2 jadi sangat tak tenteram.. aku pon xtahu kenapa, aku sebenarnya sukasangat lagu kat bawah ni, kalau aku rasa nakkan ketenangan, aku dengar lagu ni.. n kadang2 aku rasa kerdil kalau aku dengar lagu ni,.. rasa diri ni sangat xsempurna..

dalam hidup ni, aku selalu cuba nak lakukan yang terbaik and alhamdulilah setakat ni aku dah dapat apa yang aku nak, aku ada keluarga yang harmoni, kawan2 yang menyokong, terutamanya housemate2 aku yang sangat mendukung, kawan2 lama aku, cikgu2 aku, pensyarah2 aku yang sangat menyokong.. 

tapi aku masih rasa xpuas, aku rasa aku belum sampai satu tahap yang akhlak aku, akhlak yang boleh membantu aku di akhirat kelak, yang boleh menyenangkan ibubapa aku,dan orang2 disekeliling aku.. aku rasa semakin lama makin jauh dengan pencipta... mungkin betul, hidup dalam alam di universiti, xsama dengan alam sekolah, kat sekolah, ada masa2 yang memang wajib sume student ke masjid, denga ceramah, mayang bejemaah,.. tapi sekarang, semuanya atas diri sendiri, xda orang nak suruh, nak kerah g masjid, sume atas iman yang ada.. kalau iman student2 universiti tu masih kuat, masih teguh untuk beriman dengan agama allah, kuatlah pegangan seseorang tu tuk terus beriman di jalan allah..

ya allah.. bantu aku sahabatku dan kerabatku ya allah, bantu kami agar kami tidak terus hanyut dengan duniamu. jadikanlah kami wanita solehah/lelaki yang soleh, yang baik pekerti, yang baik kedudukannya di dunia dan akhirat.. kami manusia, hambamu yang lemah. semoga kami, hidupku dan keluarga ku sentiasa diberkatimu.. amin ya rabbal alamin...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)

sehari-hari di taiping..

Assalamualaikum dan salam segala salam~~

atas ni gamba baby baru family saya yang da besar+comel macam kakak2 die=) firstly,ingin saya jelaskan, entry ini mempunyai beberapa ayat2 keseronokan yang melampau,kerana saya memang tengah seronok, ok? =) setelah sekian lama xbalik, and menanggung kehomesickan selama-lama sebulan lebih hari tu, aku berjaya sampai rumah.. seronok sangat weh boleh balik.. jumpa adik2 yang comel2+ kakak aku pon turut mencutikan diri die, coz die pon study week gax sekarang.. weeehaa~~ syok2! heh=)

rindu yang bersarang akhirnya telah berjaya dilunaskan..rindu nak makan dengan banyak+sedap! rindu nak tidor atas katil queen aku yang cantek +bes! rindu nak main2 bersama adik2 kecil yang comel! rindu nak jumpa ayahanda tersayang!=) sume dah dilunaskan!ni gamba2 keseronkan di taiping, berjalan2 di ts + tesco, makan2 di doli, haruslah seronok! =)


terbawa-bawa perasaan seronok saya, menyebabkan saya gagal untuk menghadirkan diri ke kelas intro elec, construction techno n kelas military law malam ni, hehe.. actually, rasa besalah sgt, coz sememangnya ak sorang budak yang xpenah ponteng kelas + sangat baik bai(heh=P).. tapi ntahla, bila da balik umah ni, rasa malas gila na balik kl, tambah pulak exam aku stat paper etnik nex week rabu.. memang aku da plan da cuti study week ni nak balik umah, moral bai balik uma ni! heh..ermm..kalau aku balik pon, mau gila aku dok uma tu,macam in n anis yang hampir gila akibat kebosanan kat lumayan tu dok mah ada gak semangat2 ni=) hehe.. hmm apapun, sorry to my beloved lecturer, maam hapsa n maam chew, sebab saya xdapat datang kelas maam.. nanti saya jumpa maam masa saya datang u nanti k.. n saya akan belajar apa y saya ttgal dengan mun=)
hari rabu ni dah nak balik kl, huwaa!=( hidup memang perlu pengorbanan.. next week dah start final exam, serius cuak..! pape pon, pray for my best, my sisters.. hope kami semua berjaya dapatkan kejayaan yang kami impikan.. insyallah=) have a great day then!-lya-







Apr 2, 2010

separuh jiwaku pergi..

Assalamualaikum, dan salam sekian jenis salamm..

Singgah jap jenguk2 entry-entry baru yang ada kat dalam dunia blogger yang kadang bley buat aku hanyut sekejap ni..=))

sekarang aku keseorangan dekat libry upnm yang aman damai, dengan ketiadaan abang2 asykar disekeliling,heh.. niat di hati, asalnya datang nak buat research sket pasal report construction site visit yang pasal guard room depan upnm ni,tetapi, kemalasan melanda jiwa sebentar~~ hehe=P

emm...hurmm.. sebenarnya,.. aku masih sedih + marah + kecewa + terkilan lagi dengan diri sendiri.. ntahla, aku pon xsure apasal aku boleh blur sangat pagi tadi.. macam ni.. pagi tadi, aku nak buat keje de@math aku, but then, setelah 4 jam berlalu, aku still xdapat buat, even soalan yang ada bukan banyak pon, 2 je..! 2! adoi......... malunya kat bf tercinta yang setia disisi,cik omar ibrahim,... beliau berada disebelah  aku pon, aku rasa sangat kompius, apasal lah aku boleh jadi teramat blur!huh...=( dahla kena marah pagi tadi....terinsafla sekejap...=(

 
sekarang ni pon...rasa marahnya kat diri sendiri... malunya kat u sayang.. tuhan je tahu...hurm... ntahla.. adakah disebabkan aku terlalu malas? xconcentrate masa belajar? aku pon kompius dah... aku rasa kat kelas aku concentrate je.. cuma biasalah kadang2, otak singgah la g indon jap.. london jap.. hehe.. hurmmmm...final dahla nak dekat dah.. aku boleh selamba badak air bermain2 lagi..haiya.. ke.. sebab aku dah lama xbalik rumah.. ya allah.. serius xtipu, rindu gila kot kat adik2 aku yang comel2 tu..;( 


tiba2...mood da hilang.. pergi bersama kerinduan..
till then..
missalyamissherfam..=(