DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

Jan 17, 2012

RUMAH

Assalamualaikum :)

harap2 semua sihat2 belaka, dan dibawah payung rahmatNYA sentiasa, insyallah :) baru dapat update dari rumah;

1. pencuri masuk rumah petang tadi. nasib sempat masuk sampai depan pintu je. hilanglah sebuah econ saja. ayah cadang nak pindah econ tu ke rumah kat Parit Buntar, letakla kat laman rumah, tapi still dalam pagarla, pencuri dah rembat dulu hmm takda rezeki dah.. apa pun.. alhamdulilah yang lain masih ada n semuanya selamat :)


2. kura2 min dah mati. :( alahai~  beli dua ekor awalnya, beli sempena bufday ana 8 januari ritu, TAPI, ana punya, sehari beli dah mati, harini min punya pulak. innalillah hi wainna ilaihi  rojiun, tak rezeki nak tengok dua2 ekor tu hidup lama kat rumah tu :'(

rindu pulak kat depa tu :) esok last paper untuk sem ni, then, MERDEKA! :D (doakan tau!paper NUMERICAL METHOD koooott) apa pun, tak sabarnyaa nak balik taiping! :)

pssttt, meh follow blog ni jom! http://badarupnm.blogspot.com/

Jan 16, 2012

.BOTOL SEAMASTER JE :).

sukacita dimaklumkan. tabung2 saya telah penuh.Alhamdulilah :) 

semalam tengah2 tersedok depan tivi dengan mama, saje la kira duit2 tabung tu, mama pun join sama kira duit tabung mama.duit mama ada total dalam RM 80++, okla kan? hehe tau tak kira2 duit tabungku ada berapa? Ada RM180.00! : ) banyak kan??? eh, tipu,  ada RM178.60 je, kahkah lagi singgit empat posen mintak duit tabung mama :P :) tapi, still,  banyak kan ?? :) 

tak sia-sia menyimpan :) hari2 aku isi dari 5 sen sampai lah beringgit2. tambah2 pulak bila orang datang beli nasi lemak,  suka gila bila budak2 blok bagi syiling, makin meriah la weh tabung aku :) tima kasih la ye untuk warga srikandi yang budiman :)

nak tahu tak apa jenis tabung aku, 2 tabung botol air 500 ml jee , satu lagi tabung lawa sikit hadiah daripada dinner karnival wanita hari tu,heh, comel kan? (^^) sebelum ni tak penah rasa nak menyimpan syiling, tabung2 ni pun mula diisi, masa aku mula2 terima hidayah untuk menabung 2 bulan lepas.startnya, dari aku tengok rumate aku isi duit dalam botol air, aku rasa cam comel, terus rasa macam nak tiru, hari2 tengok tabung tu, makin semangat plak nak isi. ;) 




ni la contoh botol air yang aku tebuk jadi tabung tu, seamaster je kot. (ni gamba google bagi oke :P) simple kan? kan? so, sebenarnya, takpayahla nak tunggu nak dapat tabung lawa baru nak menabung k :P 

kepada yang belum start menabung tu. tolong la menabung. serius tak rugi weh! :) 

pssst! nak baca kisah orang pegi mekah dengan menabung? baca ni menabung ke mekah :)

.WARDINA WITH LOVE :).


"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu.


Dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? 

Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."- ayat 160 Surah al-imran



takziah untuk  apa yang dah menimpa kak wardina, semoga terus tabah dan semoga terus berkongsi,  menginspirasikan saya dan muslimah-muslimah semua. 

penghijrahan itu perlu untuk kehidupan yang lebih baik, siapalah kita untuk menghukum masa lalu orang lain kan. may allah bless all of us! teringinnyaa nak jumpa kak wardina ni  :')

yang belum like, meh like sini http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah

barakallah, jazakallah hukhairun ya ukhti :')

Jan 14, 2012

.Sahabat sebenar.

Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada. Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa, lagi-lagi yang nama manusia ni jugaklah, sudah tentu tidak akan terlepas dari melakukan dosa, dosa dengan Dia, dosa sesama manusia. Walaupun macam tu,Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. "Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu." :')
Bukan sahabat kalau dia cakap belakang. 
Bukan sahabat kalau dia tidak tarik kita daripada kerosakan. 
Sahabat sejati itu, hanyalah mereka yang kalau kita ke neraka, 
dia akan terjun untuk menarik kita semula.
 ------------------------------------ 
Bukan yang sekadar baik dengan kita semasa kita baik. ^^
 -HILAL ASYRAF



indahnya nilai sahabat yang sedia terima kekurangan kita seadanya, yang mendukung, membangun, bersama saat kita perlukannya :)

"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah." (Al-Baqarah: 107). (^.^)

Jan 8, 2012

. MY LOVE :) .

alya nurbatrisyia n alya nurfarzana :)
selamat hari lahir untuk ana yang ke 5 :) semoga jadi anak yang baik, bijak, pandai bawa diri, diredhai allah dunia dah akhirat :) kak pika sayang ana :)

untuk ayah, semalam ayah cakap, harini genap 28 tahun ayah masuk polis :) tahniah untuk ayah saya, thanks ayah sebab selalu buat kami bangga ngan ayah :)


ayahanda tercinta :)

*sayang family saya, tak terkata :') 

Jan 3, 2012

.MUSIBAH MENGAJAR KITA :) .


kalau kita rasa ujian yang kita dapat tu hebat dan menggugat iman, ingat, ada orang lagi susah dari kita, lagi besar ujian dia dari kita.

kalau kita rasa kita keseorangan, tak ada teman, ingat, allah sentiasa ada bersama kita, kawan atau sahabat hanya teman sementara, mereka pinjaman.


bersyukurlah kita SELALU ada DIA!

Jan 2, 2012

. TABIAT.


terlalu mengagungkan orang yang pandai bercakap pun payah jugak, orang yang pandai bercakap tu tak semestinya fakta dia kuat. untungla allah bagi kelebihan pandai cakap lebih sikit dari orang. 

kadang2 cepat sangat budak2 ni terpengaruh, baru baca artikel tak seberapa, dah terus buat konklusi!

*cakap lebih. sumbangan tak seberapa. mulut jalan, tangan? manusia.manusia

notakaki: adore DR. Mahathir! :)