DEAR VISITOR,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri

Kita usaha yang terbaik, Semoga Allah terima amal-amal kita =)

May 31, 2010

. tekanan terhadap misi bantuan ke gaza .

salam n pagi

:)

harap semuanya sihat2 belaka. rindu nak menaip di blog tercinta. :) kesibukan n keseronokan di rumah membuatkan terlupa pada blog ini sebentar hehe..

hurm.. tengok berita tadi, terkejut ada serangan israel terhadap misi bantuan ke gaza, Konvoi Lifeline4Gaza (LL4G) yang menyebabkan  dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera(berita harian) .n sumber terkini  dari aljazeera pulak melaporkan 16 orang terbunuh setakat ni... masyallah. apalah salah manusia2 yang berhati mulia yang nak membantu saudara2 kat gaza ni.. niat mereka baik, semangat mereka kental tapi ada saja halangan dan tentangan dari manusia2 yang xberperikemanusiaan tu.. ya allah, selamatkanlah mereka, permudahkanlah urusan mereka...


hurm..kagum sebenarnya dengan usaha dan kesungguhan aktivis2 ni dalam membantu rakyat2 teraniaya di seluruh dunia... kalau lah lebih semua negara islam bersatu, melawan kuasa2 yang xberhati perut ni, zalim dan bongkak tu, alangkah baiknya kan,.. masa tu insyallah xda lagi umat islam yang merana.. bila la masa tu nak tiba.. menanti dengan penuh harapan.. klik sini lau nak terus dapatkan berita2 lifeline4gaza.



erm.. usaha2 macam ni kat malaysia, Perdana global peace organization sebagai contoh, dalam membanteras kezaliman terhadap dunia sepatutnya mendapat perhatian and liputan meluas lagi... dengan harapan, mdapat lebih banyak kesedaran lagi untuk kesejahteraan keamanan sejagat. erm,,last year pernah jugak join g persidangan anjuran PGPO ni. sangat bermanfaat, n banyak ilmu yang dapat, insyallah, kalau ada kesempatan, nak join lagi conference tu.... yela, kalau nk pergi ke negara2 tu mungkin susah, tapi sokongan dan doa terhadap usaha2 macam ni, sepatutnya harus ada dalam diri setiap rakyat malaysia.. hopefully lepas ni lebih banyak lagi pertubuhan2 macam ni kat malaysia n terus mendapat sokongan dari kerajaan malaysia sendiri....

mohon segala doa n solat hajat rakyat malaysia demi kesejahteraan umat islam disana dan perjalanan pasukan konvoi bantuan ke gaza dipermudahkan, amin.

p/s: bersyukur baca berita ni, aktivis masuk islam, alhamdulilah.. 

May 25, 2010

.887 pelajar perempuan yang pernah melakukan seks luar nikah.

salam n malam :)

hari ni hari2 yang ceria bersama adik2 yang cumil2 belaka.. pagi rehat2 di rumah xbuat apa, masak tengahari lauk biasa2, udang sambal n telur dadar, petang g jalan2 g taman bawak adik2 :)

Mayat bayi ditemui ditanam dekat landasan kereta api

hari ni jugak malaysia gempar lagi dengan berita kat atas ni, dari ke berita harian, buetin utama kat tv tu.. suma cita sal baby kecik kenal tanam tu..

adeh.. apala salah baby2 yang comel tu, kalau xnak cuba hanta kat umah2 kebajikan, buat iklan ke, jangan lah buang, tanam.. sdeynya.. kalau lah i yang kena buang, then i membesar sebatang kara xkenal mak ayah.. sedihnya.. diorang ni x pk ke, dosa pahala.. buat anak nak.. hurm.. kalau xnak sangat pon, xyah la buang...... 

xfahamla manusia sekarang ni.. makin lama, makin banyak pulak kes.. ingat lepas banyak kempen, jadi makin kurang.. sdihnya.. nak salah kan sapa dalam hal ni? remaja2 tu? mak ayah dorang? cikgu2? hurm.. memang patut pon saranan kerajaan buat subjek pasal kesedaran masalah sosial & kaitannya dengan pendidikan seks tu.. cepat2la sket masuk silibus budak2 ni.. dah makin teruk sangat dah..

meh nak share artikel sal kes2 ni.. 

By : http://antiluarnikah.com

Siapa yang tak terkejut dengan angka 887 yang dikeluarkan dari statistik pelajar perempuan yang pernah melakukan hubungan seks luar nikah. Inilah angka mereka yang pernah melakukan hubungan seks tu. Hanya seorang daripada responden kajian tu yang tidak pernah melakukan hubungan seks luar nikah.




Hari Khamis aku terbaca akhbar KOSMO yang memaparkan berita gambar separuh bogel seorang pelajar perempuan di Kulim tersebar di sekolahnya. Pengetua pun panggil budak tu dan didapati dia mengaku bahawa gambar itu kepunyaan dia yang ditangkap oleh teman lelakinya selepas melakukan hubungan seks.

Dalam akhbar METRO Ahad, mengisahkan tentang rumah KEWAJA tempat perempuan yang melakukan hubungan seks luar nikah diberi jagaan dan perlindungan kerana sedang mengandung. Datuk Shahrizat kita pula mencadangkan agar teman lelaki mereka juga dikenakan tindakan sebagai pengajaran.

Apa mesej yang korang nampak di sebalik ketiga-tiga kisah kat atas ni? Ya, betul keadaan sekarang semakin teruk. Pergaulan bebas yang sukar dikawal. Pendedahan tanpa batas terhadap segala sumber baik dan tak baik. Dan sebagainya..

Tapi aku nak kongsikan satu perkara yang aku dapat dalam pengajian aku. Kita kena korek the root of the problem. Dan kalau kita tengok hukuman hudud dalam al-Quran berkenaan zina, diawalkan perempuan daripada lelaki. Aku bukan bercakap tentang gender tetapi konsep zina sebenarnya mengikut kefahaman ustaz aku yang aku juga setuju.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.[An-Nur(24):2]

Perempuan disebut dahulu kerana dalam zina (hubungan seks luar nikah) ni perempuan memainkan peranan penting. Jika perempuan rela, ia dikira zina. Dan jika tidak, dikira rogol. Persoalannya mengapa perempuan itu rela dan akhirnya ingin menuding jari kepada lelaki? Aku tak kata lelaki tu tak salah. Aku cuba nak katakan bahawa perempuan yang sebegini tak fikir panjang.

Memang logiknya, melakukan hubungan seks luar nikah adalah sesuatu yang akan mendatangkan masalah. Kononnya si lelaki akan bertanggungjawab, maka si perempuan menyerahkan diri sebagai tanda cintanya. Tapi alangkah *****nya si perempuan itu kerana termakan pancing si lelaki buaya. Kalau dia bertanggungjawab, dia takkan buat perkara tak senonoh. Dia akan ikut laluan betul. Dia akan datang merisik, meminang, dan akhirnya berkahwin. Cuba fikir logik sket.

Aku waktu remaja dulu rapat dengan makcik aku yang suka beli majalah REMAJA. Aku antara pembaca tetap ruangan masalah gadis dan masalah teruna. Dari kebanyakan masalah, inilah masalah terbesar, perempuan dipermainkan teman lelaki yang kononnnya sangat setia dengannya. Ish *****nya kedua-dua mereka.

Dan yang paling kesian pastinya si perempuan. Lelaki tak mendatangkan sebarang kesan fizikal tetapi perempuan kalau tak mengandung pun, istilah anak dara tu dah tak sesuai. Semakin aku terasa betapa sukarnya mendidik dan melindungi golongan hawa ini.

Kerana itu pernah Rasulullah bersabda yang mafhumnya lebih kurang camni. Anak perempuan itu antara penentu seorang ayah masuk ke syurga atau neraka. Bukan mudah nak didik anak perempuan. Tambah plak zaman sekarang ni yang anak-anak lebih 'pandai' daripada ibubapa.

Kata Hushim bin Salleh, kaunselor UM, kita kena jadikan anak-anak sebagai kawan. Kita saling bertanya, berbual dan berbincang. Membiasakan diri bersama-sama mereka. Bukan lagi menjadi garang dan pemarah seperti zaman dahulu. Biar lembut tetapi tegas. Apabila mereka sering menjadikan ibubapa sebagai rujukan dan kawan rapat, maka usah risau insyaAllah kehidupannya di luar rumah terkawal dengan sendirinya.

Aku suka bercakap tentang perempuan sebab, sepertimana pernah aku cakap dulu, golongan ini adalah golongan lemah. Maka, mereka perlu dilindungi dan dijaga serta dididik untuk menjaga diri dengan baik. Lemah tak bermakna kalah. Lemah bermakna, kalau macam mana kuat dan bagus dari segi fizikal dan mental sekalipun, si lelaki lebih 'pandai' membuat helah mematahkan kehebatan perempuan itu sama ada melibatkan penggunaan mental atau fizikal.

Yang akan membuatkan si lemah itu menang apabila rohaninya mengatasi segalanya. Maka, desakan, pujuk rayu, ajakan, dsb pasti takkan pernah memakan dirinya. Hanya perkara-perkara ini yang biasanya melemahkan sang perempuan. Bukan sahaja kepada anak dara, bini orang pun sekarang dah biasa curang pada suami. 


hurm.. cuba kalau ambik anak tu, jaga elok2, bia dia membesar dengan baik, dapat gak pahala.. ni biar dia terbiar, tunggu orang kutip, xpon biar dia mati kena makan anjing, mati kelaparan, mati kena tanam.. adoi, manusia2 sekarang, membesar elok tapi otak xpakaai.. hurm.. nauzubillahiminalzalik.. harap2 xjadi kat diri sendiri, kawan2 dan ahli keluarga kaum kerabat.. 


sayang adik2 aku sangat2.. harap diorang leh membesar jadi orang yang berguna, jaga maruah keluarga.. ntah apa la jadi kat adik2 aku nanti, teringin nak tengok masa depan :) adik aku yang last sekali, dah pun besa, tinggi, n yang paling penting sangat comel, macam akak dia ni, hihi




hhi. dahla.. banyak pulak mengomel. nak makan. tataa :)

May 23, 2010

. renungan tok rakyat malaysia, lalalala~~.


salam n petang
;)
semalam rasa seronok sangat, sebab apa? sebab dye menang, hihi, xtahu la sebab apa dye leh menang, tapi yang pasti, salah satu sebab nya, sebab saya nak dye menang, muahahahaha ; p beliau is SYAHIR a.k.a jejaka hensem, wah, gatal! :) hihi.. tengoklah.. comel x? ;p

I suka syahir ni bukan sebab apa, sebab suka tengok cara dye yang sempoi ala2 mawi, dye ni macam islamik sketlah tgok, mengaji pon sedap, ahli group saujana ni dulu. .pandai pon boleh tahan, 7A 2B tu PMR! alia pon 6A 3B je, then masa SPM dye, dye dapat 4A, and A dye pon bukan cikai2, A dye arab n syariah tuuuuuuu, memang salute lahhhh huhu.. mesti korang heran mana i tahu suma ni, i tengok trek selebriti lah! hehhh banyak jugak respon  i dapat selepas melahirkan kegumbiraan dengan kemenangan beliau ni di fb huhu, nak tengok fb i, carilah guna my full name kat fesbuk tu~ :)

heh sebenarnya, alia bukan lah peminat sangat af2 ni, realiti2 tv ni, cuma, sekali sekala nak layan, bolehlah.. realiti tv kat malaysia ni dah berlambak2, dengan mentorlah, gangstarzlah, n macam2 lagi lah.. artis kat malaysia ni pon dah ramai bebenor, sampai kadang2 rasa malaysia ni memang dah xda kerja lain dah ke? napa semua orang tau nak jadi artis saja? kan senang kalau belajar pandai2, jadi doktor ke, engineer ke, usahawan ke? huhu erm..

ramai remaja sekarang terlalu sukakan hiburan, bagi i, kalau minat xpala, tapi kalau nak jadikan satu kerjaya, bukan lah pilihan yang tepat, sebab, jadi artis ni, belum tentu dapat menjamin masa depan.. lainlah kalau kita betul2 berbakaat, macam siti ke erra ke.. lainlah kan.. hurm.. yang i tengok, banyak artis malaysia yang kebanyakannya susah di kemudian hari( tapi xsemualah) ada yang ada rezeki, adalah, yang xda? kesian bukan?  kesian dekat anak2.. ada yang last2 kerja jadi pembawa teksi, show dekat tepi jalan.. bukan lah nak kata pekerjaan2 ni xbagus, ianya halal, cuma, mungkin sepatutnya kita perlu cuba untuk yang lebih baik, kan3?
hurm, bagi i lagi, kalau betul pon nak jadi artis, kita kena bijak cari peluang, n yang paling penting, bijak bawa diri.maksud pandai cari peluang is, cari side income lain yang halal, contohnya, bisnes meniaga ke, buat produk sendiri ke.. nak harap duit show je, duit shoot, memang payah nak hidup tau. and tengok2 plak keadaan sekarang, banyak kanak2 jadikan artis idola diorang.. kalau artis tu betul2 menjaga diri, n berperangai ok, alhamdulilah, kalau yang xok yang jadi ikutan? huh, naye mak ayah diorg kan? :) banyak kes yang melibatkan cerita2 kurang enak sal dunia artis ni, dadah, cerai berai, bergaduh.. dalam hal ni, mak ayah kena banyak main peranan, supaya anak2 dapat buat pilihan yang betul dalam memilih idola diorang ;)

disebabkan ada adik2 yang kecil2 lagi, i takut sangat kalau2 adik2 terikut-ikut budaya2 xelok sekarang.. salute lah kat stesen2 tv yang boleh buat rancangan2 realiti tv yang bagus2 dan berfaedah macam IMAM MUDA ke.. CARI MENANTU ke.. AKADEMI AL-QURAN ke.. TOP HOST ke..  THE APPRERANTICE ke.. SOCCERKID ke..erm apa lagi eh, huhu tengok, nak senaraikan pun kena pk, cuba kalau pk kan pasal realiti tv NYANYIAN? laju je rasa, huuhu.. kadang2 layan gak tv8, yela, dok umah bujang kat cheras tu, tv mana ada astro, layanlah tv8, hihi.. tv8, ada  cite2 reality tv yang not bad seperti, american got talent n american inventor, bagus gak program2 ni, cari bakat2 baru, cuba korang try search, try tengok..best gak.. bukan nak mengagungkan baratlah, tapi, yang baik kita amik, xsalah bukan?ni xla malaysia ni lahirkan artis je, silap2 leh gak jumpa bakat2 terendam dalam bidang penciptaan kan? xke bagus tuk malaysia.. bestnya kalau malaysia ada program camni, leh gak tengok idea2 kreatif rakyat malaysia :) mana tau, sok2 kita g kampus bawak beg camni ke?
hihi.. banyak plak i potpet hari ni, hihi.. xpala.. ni just pendapat alia.. apa yang buruk dari diri hamba allah ni, yang baik segalanya dari DIA. renung2kan!

May 21, 2010

.bila nak sampai rumah .

salam n nyte :)

ni entry rindu, rindu sangat okey. rindu kat adik2 saya yang comel2.. dekat kakak saya yang manis. adui, rindu seisi rumah itu :(

rindu semua adik beradik saya.. bila nak sampai taiping ni.. huwaaa :'( sob3

.pantang betul tengok lelaki..

salam n petang 

:)

alhamdulilah, aku masih bernyawa hari ni, macam biasa, pagi2 aku bangun kemas umah, makan n on9! hehehe.. aku hari ni baek hati nak cakap sal kepantangan aku kat sifat lelaki  yang satu ni. aku paling pantang, kalau aku keluar jalan2 hari jumaat,(sebab selau jumaat je aku free, hehe) then jumpa mamat2 melayu yang kompemnya islam, leh sedap2 lepak kat warung2, restoren2, or mal12 yang aku pegi,.adeh, sakit mata tahu x?

kaum2 adam, 
jumaat sekali je dalam seminggu, yang sekali pun anda xboleh pegi, macamana dengan yang wajib sehari2 ni? kenapa cik malas sangat nak g semayang ni cik abang? uzur eh? huhu.. yang aku tahu, seseorang muslim tu, dikecualikan dari sembahyang jumaat ni, kalau2 dia tu... 
  • Sakit -sakit yang boleh memudaratkan kalo dia solat jugak
  • Perang - Orang yang berada di medan perang
  • Musafir
  • Takut dizalimi
kalau dok melepak je, xkan sakit, perang, n takut dizalimi,kan3? hehe erm.. solat jumaat ni wajib, wajib untuk lelaki. aku sendiri suka tengok orang lelaki semayang jemaah jumaat, rasa macam sejuk perut ibu mengandung, hehe, macam dah beranak pulak aku ni, hihi. bagi aku, solat jumaat jelah, time betul2 orang2 islam bersatu, duduk dalam satu masjid, sama2 solat, solat tu kan tiang agama :) tambah2 kat malaysia ni, kalau nak tengok orang2 islam bersatu memang payah, kalau x tunggu raya, semayang jumaat, bila lagi kan.. tapi kalau konsert, jom heboh ke, ramai la pulak kan, hehe..

kita kena bersyukur, alhamdulilah malaysia ni aman, tapi kita kena ingat, muslimin-mulimat kat luar negara sana, palestin, iraq..marilah sama2 kita berdoa, bersatu tuk kesejahteraan mereka.. umat islam kat malaysia kena sama2 peka pasal hal ni.. meh solat meh, 2 rakaat je bang, kui3 ~~



tengok ni, sejuk tak mata tengok? hehe.. erm, aku xla kata aku ni baik sangat nak ingat2 kan orang, cuma, kita sama2lah amik iktibar apa yang elok dengan apa yang xelok ok.. aku sendiri akan sedih kalau2 adik aku yang lelaki sorang tu xnak g semayang jumaat, tapi alhamdulilah la, setakat ni, dia xpenahla ponteng solat jumaat depan aku, harap2 dia xkan buat.. last but not least, renung2kan, selamat beramal!! :)

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)"







May 20, 2010

. cubaan berjaya .

salam n malam :)

petang tadi saya sangat bahagia. baru lepas berjaya memasak mee kari buat pertama kalinya, hehe.. uh. sedap babe~ xmalu x puji masakan sendiri?? hihi.. semuanya hasil resepi sendiri, n petang yang indah lagi permai ni, aku nak share resepi terbaik dari ladang ni dengan korang :) ni agak2 tok makan 4 orang tau!

Bahan- bahan tok kari/kuah
mula2, korang blend bahan2 ni:
  •  2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih  
  • 2 hiris halia
then sediakan benda2 ni:
  • minyak sesenduk
  • paket serbuk kari, ( aku pakai adabi yang 50sen tu :) )
  • ayam secukup rasa 
  • nak buh udang cam aku boleh gak :) 
  • tauhu
  • garam secukup rasa
  • 1 senduk cili kisar/ cili boh 
  • 1 santan sekotak/ atau sebiji kelapa
  • 3ketul fish cake
bahan sesedap rasa: 
  •  tauge   
  • telur rebus 
  • limau nipis
  • cili merah :) tapi ni aku lupa bli tadi, so xda dalam gamba :)

cara-cara penghasilan mee kari yang mabeles:
  1. panaskan minyak, then tumiskan bahan2 yang korang dah blend tadi.
  2. masukkan cili kisar, agak2 pecah minyak tu, masukkan kari & air sket.
  3. masukkan plak ayam udang 
  4. agak2 ayam tu dah nak masak, masuk plak tauhu & fish cakes
  5. dah siap dah, tunggu jelah agak2 10 minit camtu kot.. then pandai2 la masukkan garam bagi sedap :)

gamba gagal tok di upload lah.. nanti aku upload lain,.adeh~ klah
tata!



May 19, 2010

.kena penjara sebab poligami?.


salam n pagi:)
alhamdulilah aku still bernyawa hari ni, :) pagi ni aku dah x sakit kepala lagi, kalau x semalam, berdenyut2 kepala, n sekarang jadi makin lega lepas makan actifast subuh tadi :) tadi aku baca paper online bh. baca plak tajuk ni.. 
maybe aku xikut sangat kot cita ahli politik yang sorang ni..kesian diorang, dah elok2 dirikan masjid, still kena hukuman, but then, aku agak tertanya2 nape bung punya hukuman lagi ringan dari zizie ?  erm..erm.. konfius. huhu.. tapi xpala, nanti aku search lain.. hehe.. bagi aku dari diorang bercinta je, biarlah diorg kawen, mendirikan rumahtangga tu kan satu ibadah, ye dak?
andai dia tercipta untukku, jadikanlah aku yang terbaik dan yang terakhir untuknya..:)
aku suka sangat ayat ni, aku harap satu hari nanti aku dapat tawan hati dia yang tercipta untukku tu, yang haruslah dia tu suami aku, dan jadi kan aku pendamping hayatnya..
yang menjadi persoalanya sekarang is, aku sangat pasti, bila aku post ayat ni kat facebook dulu, mesti akan ada yang bangkitkan soal poligami,hehe, da ternyata, akhi hafiz peka tentang apa yang ada dalam pemikiran aku  :)
hehe.. macam2 komen yang aku dapat,tp xpe, aku ni terbuka orangnya, insyallah semuanya aku amik sebagai pengajaran dan iktibar~
antara yang buat bagi ayat ni jadi kontroversi satu masa dulu are saudara wan azizul faiz, hafiz & izat nasran, mereka ini adalah mereka yang pernah bkrja bersama aku swaktu prgram 1malaysia dulu, dari situlah ukhuwah diantara kami terjalin, mempertemukan dengan aku dengan pendebat2 UPNM ini, kadangkala membuatkan aku garu kepala melihat, mendengar kepetahan mereka berkata, sungguh! :)
usai sudah, kini aku ada sedikit fakta mengenai polgami nak aku kongsi dengan semua..
Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami
ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى
وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى
أَلاَّ تَعُولُواْ
Mafhumnya :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)
perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.
Syarat Poligami
1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :
i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.
2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri.
2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteriisterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.
2.3. Adil Dalam Musafir
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :
آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه

Mafhumnya :
“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian diantara isteri-isterinya ”.
Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.
wallahualam ..erm..ive to quit dis, nak masak makan lunch, masak biasa2 saja sebab i sorg je yang nak makan:) special thanks also to pemberi sumber poligami ini, i terlupa nak save link nya! syukran jazilan~ ;)

May 17, 2010

.im so sorry sir :( .

salam n petang :(

erm..erm... aduh. sedih sangat tadi.. kisahnya bermula dari mesej kawan kecintaaan aku norita@ in..

norita: alia, static ko dapat b.

alia: uh ye eh, tq!:) ko dapat bape?

then, bla bla bla bla.kami pon terus sembag2 lagi..sebenarnya aku seronok, xexpect dapat b, ngat dah terok gilos da, coz final exam kitorg sangat susah!erm..erm.. tba2 aku terdetik nak meset sir aku,aku pon dengan riang gembira nya menghantar mesej pada sir kesayangan aku tu..

alia: Salam sir, saya dah tau result saya, thanks sir ajar kami, sorila saya xperform,saya dah cuba yang terbaik, tapi mungkin usaha blom cukop baik:) tq sir..

then korang tau apa sir aku reply?

sir: upset me too.. work harder next time.. salam..

aduh,tu je sir reply... sedihnya yang menggunung.. hurmm.. aku sebenarnya bukan xnak perform.. aku dah try, tapi aku xtau napa aku xbleh gak jawab.tgah2 aku mesej t, aku mesej2 la in, and aku baru tahu, yang kelas aku sorang je A.. aduh, lagi la menambahkan kesedihan aku.. rasa bersalah yang menggunung... then aku pon reply..

alia: insyaallah, sori sgt sir, sy pon xtahu napa saya blur sangat hari tu.. maaafkan kami sir, next time kami buat dengan lebih baik, salam..

then sir xreply pon..hurmm... ni pengajaran buat aku, dan kawan2.. maafkan kami sir Lt Kol Noorazman.. U are the great lecturer for us.. sangat baik, sporting, ajar sangat faham..tapi kitorang yang salah sebab x perform... ya allah.. rasa bersalah sangat.. hurm.... may allah bless my lecturer ever.. :'(

. kecintaan baru.

.salam n selamat petang

:)
tadi masa aku jalan2 kat blogspot tercinta ni.. aku terjumpa satu blog, serius sangat lah bermanfaat tuk semua, semoga allah memberkati tuan punya blog, jomla sama2 kita ke blog beliau. sangat banyak info untuk muslimin muslimat,subhanallah! 


p/s: special thanks to her/ him!